MENGEJUTKAN Empat Negeri di Malaysia dijangka tenggelam pada 2100 ADAKAH INI TANDA TANDA KIAMAT
00:43Empat negeri di Malaysia dilaporkan dijangka akan tenggelam pada 2100? Bermakna lagi 84 tahun dari sekarang! Mengapa dan kenapa? Ini bukan jenaka, tetapi itulah yang diunjurkan hasil daripada kajian saintifik antarabangsa.
Menurut laporan Berita Harian pada 28 Mac 2016, peningkatan aras laut tertinggi di Semenanjung adalah di
- persisiran pantai Kedahiaitu air meningkat 0.52 meter, diikuti
- pesisiran Kelantan, peningkatan sebanyak 0.47 meter.
- persisiran pantai Tawau, Sabah dengan unjuran peningkatan aras laut tertinggi, iaitu 1.06 meter dan;
- Miri, Sarawak, laut dijangka meningkat 0.59 meter.
Memetik Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, yang menyifatkan fenomena peningkatan aras laut berikutan kesan pemanasan global bukan spekulasi untuk menakutkan rakyat, seperti diuar-uarkan segelintir pihak.
Sebelum ini, pakar mengunjurkan ada beberapa negara dijangka ditenggelami air pada tahun 2020 tetapi adalah kurang tepat susulan siri perubahan cuaca.
Sebaliknya, kajian terbaharu oleh pakar menjangkakan kesan global itu menyebabkan kesan lebih teruk, malah menenggelamkan beberapa daerah di Malaysia jika tiada penyelesaian tuntas.
Justeru, kementerian mencadangkan projek penebatan banjir menerusi pembinaan tembok penghalang di empat negeri ini dinaikkan daripada empat kaki (1.2 meter) kepada enam kaki (1.8 meter), katanya menjawab soalan Datuk Ikhmal Hisham (BN-Tanah Merah), di Dewan Rakyat.
Ikhmal meminta penjelasan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar berhubung spekulasi bahawa beberapa kawasan di sepanjang pantai Malaysia akan tenggelam disebabkan kenaikan aras laut menjelang 2020.
Komen admin, kalau unjuran awal beberapa pada 2020 dikatakan kurang tepat, bagaimana pula dengan unjuran kali ini? Walaupun dikatakan ia adalah hasil kajian daripada pihak yang berwajib, mana kita tau akan rahsia alam?
Yang pasti, perubahan itu mungkin akan berlaku tetapi di mana, dan seteruk mana, itu hanya Allah SWT sahaja yang mengetahuinya.
Sesungguhnya DIA yang merancang semua itu, dan segala rahsia dan jawapan itu berada `di tanganNya.
Lagikan laut boleh dibelah dua, mewujudkan laluan di dasar dan kemudian ditutup semula dengan air laut yang di kembalikan sebagaimana asal boleh dilakukan, apa lagi menenggelamkan satu kawasan!
Sumber: beliabaru
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments