Sayu Angkara pili bomba warga emas maut kepala terhentak

16:28

terhantuk%2Bpili%2Bbomba.jpg

GUA MUSANG : Seorang warga emas maut setelah motosikal jenis SYM, yang dinaiki bersama isteri terbabas di Kilometer (KM) 24, Jalan Gua Musang – Jeli, pagi tadi.


Kemalangan yang berlaku kira-kira jam 11.30 pagi itu menyebabkan mangsa, Mohd Zahid Che Ali, 60, beralamat di Kesedar Meranto, di sini, maut di tempat kejadian.



Difahamkan, mangsa dan isterinya, Maznah Ab Rahman, 47, dalam perjalanan dari arah Gua Musang menuju ke rumahnya di Kampung Jerek, di sini.

terhantuk%2Bpili%2Bbomba%2B1.jpg

terhantuk%2Bpili%2Bbomba%2B%2B2.jpg

Bagaimanapun, motosikal yang dinaiki mereka tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan dan kemudiannya terhentak di pili bomba yang ada di sebelah kiri jalan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Rajab Ahad Ismail memberitahu, mangsa yang mengalami kecederaan di kepala maut di tempat kejadian manakala isterinya hanya cedera ringan.

“Mangsa dibawa ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk proses bedah siasat. Kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya lagi.

Sumber: ceritagempakkomuniti

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

You Might Also Like

0 comments

Online