Kadar pengangguran di Spura naik lebih ramai pekerja diberhentikan pada suku kedua tahun ini
22:43SINGAPURA: Di tengah-tengah keadaan ekonomi yang semakin lemah, kadar pengangguran di Singapura meningkat dalam suku kedua, disebabkan lebih ramai pekerja diberhentikan kerja, menurut Kementerian Tenaga Manusia (MOM).
Buat julung-julung kalinya sejak Jun 2012, jumlah pemohon kerja melebihi bilangan kerja kosong, menurut perangkaan yang didedahkan menerusi laporan Pasaran Buruh MOM yang dikeluarkan setiap enam bulan.
Secara keseluruhannya kadar pengangguran naik dari 1.9 peratus pada Mac kepada 2.1 peratus pada Jun.
Di kalangan rakyat Singapura, kadar pengangguran naik dari 2.6 peratus kepada 3.1 peratus dan di kalangan penduduk pula, ia naik dari 2.7 peratus kepada 3 peratus.
Kadar pengangguran naik lebih di kalangan penduduk yang berusia 30 tahun dan ke atas, dan khususnya, mereka yang berusia 50 tahun dan ke atas, menyaksikan kenaikan buat lima suku berturut-turut.
Mereka yang berpendidikan tinggi juga tidak terkecuali, dengan kadar pengangguran di kalangan pemegang ijazah meningkat kepada paras tertinggi sejak 2009.
Pengambilan pekerja secara keseluruhannya naik hanya 4,200, berbanding 13,000 pada suku sebelumnya dan 9,700 jika dibandingkan dengan suku yang sama setahun lalu, tambah laporan itu.
Sejumlah 4,800 pekerja diberhentikan kerja dalam suku kedua berbanding 4,710 pada suku sebelumnya dan 3,250 pada tempoh yang sama setahun lalu.
Ini adalah kadar pemberhentian pekerja suku kedua yang tertinggi sejak 2009, yang menyaksikan 5,980 orang diberhentikan kerja, menurut MOM.
Secara kesluruhannya, 9,510 pekerja diberhentikan kerja dalam separuh pertama tahun ini, juga jumlah tertinggi sejak 2009.
– CNA/ru
Sumber: penhijaudaun
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments