Rahsia Fresh graduate Boleh Buat Duit RM 44K Lepas 5 Tahun Dengan Menabung RM500 Sebulan

21:15

1. Fresh graduate yang dah terbeli kereta mahal pada tahun pertama bekerja, mohon menyesal segera. Memang satu malapetaka dalam kewangan.

2. Gaji ciput, rumah belum ada, caruman takaful pun takda, apasal beriya sangat nak pakai kereta sampai RM900 bayaran bulanannya. Fikir dalam-dalam.

1.jpg

3. Kereta bawah RM400 sebulan pun wujud. Normal la fresh graduate pakai kereta RM400 sebulan, kan. Yang kau nak jadi tak normal tu dah kenapa.

RM900 – RM400 = RM500

4. Lebihan RM500 setiap bulan tu, kalau masuk tabung 5 tahun, boleh dapat RM30K. Jadilah tu, boleh jadi modal beli rumah RM200K.

5. Cara yang lebih bijak, mohon ASB Financing RM90K, tempoh pembiayaan 30 tahun, dengan keuntungan bank 5.2%. Bulanan bayar balik RM500.

6. Andaikan dividen 7.25% sepanjang pembiayaan. Selepas 5 tahun, terminate ASB Financing, boleh dapat RM44K. Boleh jadi modal beli rumah RM300K.

7. Mungkin dengan RM44K, sebahagian boleh buat full settlement hutang kereta MURAH yang masih berbaki tu untuk kurangkan komitmen dengan bank.

8. Ikutlah perancangan kewangan masing-masing. Dah 5 tahun kerja, semua dah besar panjang. Takkan satu ilmu pelaburan pun kau tak pernah hadam.

“Ala, lepas 5 tahun dapat RM44K je? Baik tak payah wei. Harga rumah naik lagi lajulah. Nonsense!”

9. Dapat RM44K selepas 5 tahun adalah lebih baik daripada setiap bulan, baki duit dalam akaun tinggal RM10 padahal dah 5 tahun bekerja. Haha. – HF

#harithfaisal

SHARE tanpa was-was.

Sumber: informasidbt

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

You Might Also Like

0 comments

Online