Sayu Abah kenapa kaki adikKaki hitam terbakar lepas minum susu dibekal sekolah
20:22Seorang murid gagal menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) minggu lalu akibat masalah kakinya yang bertukar hitam seperti terbakar.
Bapanya pula risau kaki Saziila Anuar, 12, terpaksa dipotong setelah mengalami komplikasi serius, yang dipercayai akibat meminum susu yang dibekalkan sekolah, lapor Utusan Malaysia.
Anak saya dimasukkan ke Hospital Daerah Segamat (HDS) pada pagi 27 Julai lalu kerana mengalami demam serta mengadu sakit perut selepas minum susu yang diberikan oleh pihak sekolah pada hari sebelumnya.
Pada masa itu dia berada dalam keadaan lemah, namun masih mampu bercakap serta mengingati apa yang dia minum di sekolah, tetapi selepas diberikan ubat pada 28 Julai lalu, anak saya tidak sedarkan diri dan koma selama lima hari.
Kemudian anak saya ditempatkan di unit rawatan rapi di HDS selama lebih dua minggu, kata Anuar Mahat, 54, dari Kampung Tekam, Pogoh dekat sini.
Tambahnya, selepas Saziila sedar semula, sebahagian kaki dan tangannya menjadi hitam seperti terbakar.
Doktor mengambil keputusan untuk memotong kaki kiri murid itu, namun Anuar tidak membenarkan dan membawanya pulang, lapor akhbar itu lagi.
Saziila kemudian dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johor Baru selama 10 hari sebelum kembali ke HDS selama dua minggu lagi.
Anuar sangat-sangat berharap anaknya segera pulih dan tiada anggota badan anak bongsunya itu perlu dipotong bagi mengejar cita-cita untuk menjadi guru.
Bagaimanapun Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P Kamalanathan berkata, pihaknya akan menyiasat secara terperinci kes itu berikutan doktor mencadangkan kaki kiri murid itu dipotong susulan komplikasi kesihatan dialaminya yang dipercayai mempunyai kaitan dengan susu berkenaan.
Siasatan akan dilakukan sama ada ia berpunca daripada susu atau komplikasi perubatan lain. Prosedur pengedaran susu ke sekolah dilakukan secara telus dari aspek pengedaran hingga simpanan.Kementerian akan meminta penjelasan Jabatan Pendidikan Negeri dan menunggu laporan terkini mengenainya,katanya.-Eberita
Sumber: ceritagempakkomuniti
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments