Baba Hanya Tunggu Masa Untuk Cabut Mesin Dan Biar Pergi Jumpa Pencipta

19:28

2cNjCnG



KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din, dilaporkan kritikal di Hospital Stanford, San Francisco, Amerika Syarikat (AS).

Beliau dilaporkan masih bergantung kepada mesin sokongan hayat dan ahli keluarga terdekat berada bersamanya di hospital berkenaan.

Perkembangan itu dimaklumkan anaknya, Hamdi Haron, menerusi mesej kepada Ketua Penerangan PAS, Nasaruddin Hassan, dalam kumpulan WhatsApp pimpinan PAS yang diterima pada jam 2.45 pagi tadi.

“Baba dlm keadaan koma, tolong sampaikan pd TG dan pimpinan PAS, Dr kata sudah tiada harapan, bleeding terok, now on life support, hanya tunggu masa utk cabot mesin dan biar Baba pegi menemui Rabbul Alamin dgn aman….Hamdi.”

Haron dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sejak semalam, bagi menjalani rawatan jantung di hospital berkenaan.

Difahamkan, Haron berlepas ke AS beberapa hari lalu untuk mendapatkan rawatan lanjut berhubung masalah jantung yang dihidapinya.

Beliau pernah menjalani pembedahan pintasan jantung di hospital berkenaan pada 2 April 2012.

Mac lalu, beliau dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) selepas mengadu sakit dada.

Sumber: Berita Harian

SUKAKAN ARTIKEL INI? SHARE!!
LAYARIcite_heboh_3.png
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Sumber: citeheboh

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

You Might Also Like

0 comments

Online