MENGEJUTKAN DUNIA Akhirnya Serpihan Yang Ditemui di Tanzania BaruBaru ini Milik MH370

05:28

Pakar di Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) mengesahkan serpihan yang ditemui di perairan Tanzania pada Jun lalu adalah dari MH370, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

1.jpg

Menurut beliau, pengesahan itu dibuat berdasarkan pemeriksaan dan analisis menyeluruh, ATSB dengan persetujuan Pasukan Penyiasat Keselamatan MH370 mengenalpasti beberapa penemuan.

Tiong berkata, antara penemuan termasuklah beberapa nombor di bahagian serta rupa bentuk fizikla, dimensi dan pembinaan yang disahkan serpihak dalam pesawat bagi flaperon Boeing 777.

“Tarikh yang dicap berkait dengan satu daripada bahagian menyatakan bahawa pengeluaran adalah pada 23 Januari 2002, yang mana konsisten dengan tarikh penghantaran bagi MH370 pada 31 Mei 2002.

“Sebagai tambahan kepada nombor bahagian Boeing, semua penanda identifikasi mempunyai nombor ‘OL’ kedua yang mana ia adalah pengenalpastian unik berkaitan pembinaan bahagian (pesawat),” katanya sebagaimana lapor BH Online.

Beberapa serpihan pesawat yang dikaitkan dengan MH370 ditemui sejak tahun lalu, namun hanya bahagian flaperon yang ditemui di Pulau Reunion, Perancis disahkan sebagai 100 peratus milik pesawat malang itu.

Sumber : BH Online

Sumber: informasidbt

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

You Might Also Like

0 comments

Online