Sayu Ini lah mungkin punca Tuan Guru sudah amat kebumi di US jika dijemput ilahi

00:43

dato%2Bharon%2B1.jpg

Kangar : Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Dr Haron Din memberi amanat kepada ahli keluarga dan rakan seperjuangan di Perlis untuk dirinya dikebumikan di Amerika Syarikat (AS) sekiranya ditakdirkan dia meninggal dunia di sana.

Menurut Pesuruhjaya PAS Perlis, Mohd Shukri Ramli, amanat atau pesanan berkenaan disampaikan oleh Allahyarham sendiri di Pusat Rawatan Darussyifa, Santan, Kangar sebelum berlepas ke AS pada 10 September lalu.

“Amanat itu disampaikan oleh beliau kepada kami sebagai persediaan sekiranya berlaku kejadian tidak diingini kepada dirinya kerana ini adalah kali keenam beliau menjalani pembedahan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, tadi.

Ini adalah pendapat Orang Ramai :

Dato%2Bharon%2Bdin%2B1.png

Shukri berkata, sehubungan itu, PAS Perlis akan mengadakan solat jenazah ghaib di Kompleks PAS Perlis di Jalan Stadium Utama, Kangar bermula pada jam 7 malam ini.

“Kita dalam PAS Perlis berasa kehilangan yang besar dalam seorang tokoh dan ulama yang disegani di negara ini serta antarabangsa,” katanya lagi.

Malah, beliau menjemput semua rakyat Perlis tanpa mengira fahaman politik dapat bersama-sama mereka mendoakan kesejahteraan roh Allahyarham.

Sumber: ceritagempakkomuniti

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

You Might Also Like

0 comments

Online