Lelaki menyamar Polis rogol gadis 16 tahun di Singapura

22:43


Setan bertopengkan manusia, itulah layak digelar kepada seorang penghantar pizza yang menyamar sebagai pegawai polis dan merogol remaja perempuan berusia 16 tahun dijatuhi hukuman penjara 12 tahun enam bulan, semalam..

Tak cukup kalau hukuman dipenjara jer, tertuduh, Muhammad Firman Jumali Chew, 30 jugak dijatuhi hukuman sebatan rotan sebanyak 11 kali.. Berbirat lah bontot tu, itulah hukuman paling setimpal buat manusia keji!

Kejadian tu berlaku pada 9 Oktober 2013 lalu, Firman didakwa melihat mangsa dan teman lelakinya berkelakuan intim di tangga sebuah blok perumahan di Woodlands, Singapura dan tak boleh blah tu bila dia memperkenalkan dirinya sebagai pegawai polis..

Dia lagak macam tu kerana nak menakut-nakutkan pasangan tu dengan mengancam akan melaporkan perbuatan dorang kepada mak bapak dan pihak sekolah dorang sebelum memujuk mangsa supaya mengikutnya dan membawa ke sebuah blok berhampiran..

Masa itulah dia bertindak merogol mangsa.. Sepanjang perbicaraan Firman dikatakan menafikan dakwaan ke atasnya iaitu merogol, menyerang secara seksual dan menyamar sebagai seorang pegawai polis, dia menegaskan dia adalah mangsa dalam kes tu di mana mangsa telah mencabul kehormatannya pada waktu tu..

Nak berdolak-dalik pun tak guna, mangsa dah memberi kenyataan tentang perogolnya dengan jelas dan konsisten.. Malah memberikan perincian penuh tentang kejadian tu tanpa berdolak-dalik ketika disoal siasat..

Lebih kukuhnya tu, keterangan mangsa disokong oleh bukti perubatan dan forensik di mana air mani Firman dikesan pada pakaian dan seluar dalam mangsa.. See?? Kalau dah salah tu, tetap salah lah.. Selamat menjalani hukuman yer, huh!MissHana/Utaranews

Sumber: penhijaudaun

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

You Might Also Like

0 comments

Online