Vie shanti tidak halang anak jumpa bapa
18:16Setelah bercerai lebih setahun lalu bersama bekas isterinya, Vie Shanti, Eizlan Yusof menyatakan bahawa dia tidak pernah dihalang untuk meluangkan masa bersama anak-anak atau membawa anak tinggal bersamanya.
BACA: Eizlan Yusof Komen Hubungan Bekas Isterinya, Zizan Razak
Alhamdulillah Vie tidak pernah meletakkan sebarang had. Saya percaya Vie faham anak-anak juga memerlukan kasih sayang seorang bapa. Justeru, dia tiada masalah sekiranya saya mahu bertemu atau membawa anak-anak tinggal bersama pada bila-bila masa, katanya.
Malah tambahnya kepada Harian Metro, walaupun dia sibuk dengan kerja dan juga perniagaannya, dia tetap mencari masa untuk bersama anak-anak. Bagi Eizlan, ketiga-tiga cahaya mata yang dikurniakan itu adalah keutamaannya.
Siapa yang mengikuti perkembangan saya di laman Instagram, pasti tahu saya kerap habiskan masa bersama anak-anak. Bagi saya, walaupun sibuk dengan rutin kerja yang tidak menentu, anak-anak tetap menjadi keutamaan
Selalunya saya dan anak-anak akan berbincang ke mana kami mahu pergi, jelasnya. Eizlan dan Vie mendirikan rumah tangga pada 7 Julai 2007 dan bercerai pada 16 Februari 2015. (rtky/s)
SUMBER
harian metro
Sumber: Rotikaya
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments