Saya Tak Bersalah

05:43

2czc09F

SUBANG JAYA – Seorang pelajar tahfiz membuat laporan polis kerana telah dipukul oleh tiga orang gurunya di atas tuduhan yang tidak dilakukannya.

Dalam kejadian pada 9 September di asrama Maahad Tahfiz Al Mawaddah, Kampung Seri Langkas, Batu 13, Jalan Klang, Puchong itu, mangsa, Nadim Iman Muhamad Yusof, 15, telah dipukul dengan getah paip dan ditampar di pipi.

“Saya telah dipanggil keluar oleh Ustaz Fikri dan Ustaz Farith yang mendakwa saya telah menceroboh masuk bilik Ustaz Fikri berdasarkan rakaman CCTV. Padahal saya tidak masuk ke biliknya itu.

“Kemudian mereka telah memukul saya dengan menggunakan getah paip dan menampar pipi saya beberapa kali. Selepas itu, mereka suruh saya keluar ke depan asrama. Setalah keluar, Ustaz Amir tiba dan terus bersama-sama mereka memukul saya,” katanya dalam laporan polis yang dibuat pada 10 September lalu di Balai Bukit Puchong.

2czbhFi

Difahamkan, sebelum ini pernah berlaku kes yang sama di mana seorang pelajar tahfiz berkenaan telah dipukul dengan kayu sehingga mangsa patah tulang bahu. Akibat dari kejadian itu, mangsa mengalami kecacatan kekal. – The Reporter

SUKAKAN ARTIKEL INI? SHARE!!
LAYARIcite_heboh_3.png
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Sumber: citeheboh

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

You Might Also Like

0 comments

Online