Rupanya TGHD Tinggal Amanat Jika Ditakdirkan Meninggal Dunia Di AS

00:28

2cvoPB2



SHAH ALAM – Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Dr Haron Din dilaporkan telah mengamanatkan kepada ahli keluarga dan rakan seperjuangannya di Perlis untuk mengebumikannya di Amerika Syarikat (AS) jika ditakdirkan meninggal dunia di negara itu.

Pesuruhjaya Pas Perlis, Mohd Shukri Ramli, berkata pesanan itu disampaikan Allahyarham di Pusat Rawatan Darussyifa di Santan, Perlis sebelum berlepas ke AS pada 10 September lalu.

“Amanat itu disampaikan sebagai persediaan kerana ini kali keenam Allahyarham menjalani pembedahan,” katanya seperti dilapor Utusan Online.

Shukri berkata, solat jenazah ghaib akan diadakan di Kompleks Pas Perlis di Jalan Stadium Utama , Kangar malam ini.

Allahyarham disahkan telah meninggal dunia pagi ini pada usia 76 tahun di Hospital Stanford University Amerika Syarikat akibat komplikasi jantung yang kritikal.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Datin Khatijah Din dan lima cahaya mata.

Sumber: Sinar Harian

SUKAKAN ARTIKEL INI? SHARE!!
LAYARIcite_heboh_3.png
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Sumber: citeheboh

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

You Might Also Like

0 comments

Online