TQ Astro Kerana Senyapsenyap Naikkan Harga Ni Hadiahnya Terminate Terus
09:17Terima kasih Astro kerana menaikkan harga tanpa notis makluman kepada pelanggan, demikian luahan awal Mazli Mutazam, 4 September lalu.
Difahamkan, Mazli telah melanggan pakej Family and Sports. Beberapa rakannya juga memaklumkan bahawa mereka menerima kenaikan yang sama dalam bil bulanan terkini mereka.
Bil bulanan yang diterima oleh Mazli sebelum ini hanya sebanyak RM82.95 sahaja. Namun dalam bil bulanan terkini, dia dikenakan caj sebanyak RM90.95, beza RM8.00. Mazli cuba mendapatkan penjelasan pihak Astro dan berikut jawapan yang diterima.
Hak penyiaran kandungan sukan semakin mahal dan ianya memberi kesan kepada penyiar TV secara global, termasuklah Astro. Kami mahu pelanggan kami untuk terus menikmati kandungan sukan yang terbaik dan oleh sebab itu kami perlu menyemak kadar langganan sukan kami, kata pegawai perkhidmatan Astro melalui Facebook rasminya.
Namun, Mazli mempersoalkan mengapa tiada sebarang notis yang diberikan terlebih dahulu sebelum berbuat demikian. Ekoran dari itu juga, Mazli telah bercadang untuk menamatkan langganan Astro dan membuat aduan kepada Persatuan Pengguna.
Bagi Mazli, tindakan Astro yang tidak memaklumkan terlebih dahulu perkara itu seolah-olah pelanggan tidak bernilai bagi mereka.
Astro sanggup menipu pelanggan sedia ada secara diam-diam.
Adalah leibh manis dan beradab sekiranya maklum dan bertanya kepada pelanggan bersetuju atau tidak harga pakej baru bagi bulan September 2016. Bukannya menghantar bil (Online) dan terus caj pada harga baru.
Kalau pelanggan tidak bersetuju, berilah pilihan untuk menukar pakej atau menamatkan langganan. Berapa ramai pelanggan yang sedar caj baru ini? Berapa ramai juga yang buka dan menyemak bil secara online?
Bayangkan 1 juta pengguna melanggan Astro Sports, berapa kutipan kenaikan RM8 dari setiap seorang pelanggan? Kalau 4 juta pengguna, berapa agaknya? soal Mazli.
Difahamkan pada hari Isnin lalu, Mazli telah selamat menceraikan Astro dengan talak 4. Namun terpaksa menunggu sehingga 30 September bagi mengikut prosedur penutupan akaun langganan Astro.
Sumber ;The Reporter
Sumber: penhijaudaun
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments