Patah Kaki Ditendang Lembu

18:26

1.png
Keadaan mangsa selepas ditendang lembu.

SEREMBAN 12 Sept: Seorang lelaki, patah kaki ketika gotong-royong menyembelih lembu untuk ibadah korban di Taman Senangin, pagi tadi.

Pengerusi Surau Al-Azim, Hirzan Bazli, berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 10.30 pagi, apabila Rosli Sabran, 40, yang berdiri di bahagian hadapan, tiba-tiba tergelincir dan jatuh akibat keadaan tanah yang basah disebabkan hujan.

Tambahnya, pada masa yang sama, lembu yang berkemungkinan terkejut dengan kejadian itu bertindak agresif dan menendang kaki lelaki itu.

“Dia kemudian dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ). Selepas pemeriksaan dijalankan, doktor mengesahkan kaki kanannya patah dan dia kini berada dalam keadaan stabil,” kata Hirzan, tulis Berita Harian.

Penduduk di perumahan itu melakukan ibadah korban setiap tahun, dan pada kali ini sebanyak tiga ekor lembu disembelih.

Lembu yang menendang mangsa adalah lembu terakhir yang disembelih.

Sumber: BH Online

Sumber: mediaberat66

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

You Might Also Like

0 comments

Online