Storan IPhone 6S Diganda Dengan Harga Lebih MurahIni Senarai Harga Iphone 6s Terbaru Yan Lebih Murah

22:43

Storan iPhone 6S diganda dengan harga lebih murah

Ketibaan iPhone 7 memberikan ruang kepada iPhone 6S untuk disusun semula harganya. Ia turut menandakan pengehentian jualan iPhone 6. Lebih menarik, Apple menetapkan storan minima iPhone 6S kepada 32GB. Tiada lagi model 16GB untuk iPhone 6S selepas ini.

Selain storan berganda, harga iPhone 6S, iPhone 6S Plus serta iPhone SE menerima potongan. Semua harga ini kini telah disenaraikan di lamanStor Apple Malaysia.

Harga jualan terbaru model lama iPhone adalah seperti berikut:

  • iPhone SE 16GB RM1,949
  • iPhone SE 64GB RM2,149
  • iPhone 6S 32GB RM2,699
  • iPhone 6S 128GB RM3,199
  • iPhone 6S Plus 32GB RM3,199
  • iPhone 6S Plus 128GB RM3,699

empat-warna-iphone-6s-plus-di-stor-apple-malaysia

Pilihan warna untuk kesemua model ini masih sama, iaitu Perak, Emas, Kelabu Angkasa dan juga Emas Ros. Jika anda menantikan iPhone sebegini pada harga lebih rendah, mungkin kini adalah masa yang sesuai untuk membelinya.

Untuk maklumat lanjut dan mula membeli, layari lamanStor Apple Malaysia. Atau semak perbandingan antara iPhone 7, iPhone 7 Plus, iPhone 6S, iPhone 6S Plus dan juga iPhone Se dilaman perbandingan iPhone.

Sumber:http://ift.tt/2cZAKGf

Sumber: penhijaudaun

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

You Might Also Like

0 comments

Online