Virus Zika Mangsa Tempatan Pertama Di Sabah

03:28

2bL08Dz

KOTA KINABALU – Seorang lelaki berusia 61 tahun disahkan dijangkiti virus Zika tempatan pertama negara, semalam, lapor Harian Metro.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, mangsa mula demam sejak 27 Ogos dan hanya mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Luyang selepas tiga hari kemudian.

“Mangsa kemudian mengalami demam yang teruk, sakit otot dan diarrhea pada Rabu lalu sebelum dihantar ke Hospital Queen Elizabeth II untuk rawatan lanjut.

“Ujian makmal yang dijalankan ke atas darah dan air kencing mangsa menunjukkannya positif Zika,” katanya.

Menurut Datuk Dr Noor Hisham, mangsa tidak ke luar negara seperti yang berlaku ke atas mangsa virus Zika di Klang sebelum ini.

Sumber: citeheboh

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

You Might Also Like

0 comments

Online