ALHAMDULILLAH TAHNIAH MISHA COMEL ANAK DIA Syukur Muhammad Idris Ezzwa Semakin Sihat Misha Omar

02:58

misha%20%20idris%201.ashx?w=620&h=413&cr
PETALING JAYA:Penyanyi Misha Omar bersyukur apabila bayi sulungnya yang dilahirkan tidak cukup bulan semakin positif dan dibenarkan untuk dibawa pulangpada malam Khamisselepas seminggu dirawat di hospital.

Misha, 34, memberitahu dia dan suaminya sepakat memberi nama Muhammad Idris Ezzwa kepada bayi mereka itu.

“Sepanjang seminggu lalu, saya melalui episod getir yang menguji kasih sejati seorang ibu.

“Alhamdulillah, Idris menunjukkan perkembangan kesihatan yang positif sepanjang berada di bawah pengawasan doktor dan dibenarkan pulang malam tadi (Khamis).

“Saya ingin berterima kasih kepada semua peminat yang mendoakan kesejahteraan diri saya dan anak,” katanya kepada mStar Online.

Terdahulu, Misha melahirkan bayi seberat 2.05 kilogram itu secara normal, tiga minggu awal daripada tarikh jangkaan iaitu pada 24 Ogos lalu di Pusat PerubatanUniversiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras, pada pukul 10.20malam.
8e3b6401a4594f16b713cbd55ef122c4.ashx?la

Sumber: ternyataviral

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

You Might Also Like

0 comments

Online