JAHANAM PUNYA KAKAK DAN ABANG IPAR TAK SANGGUP TENGOK GAMBAR LAST TU
02:58Kanak-kanak perempuan berusia dua tahun meninggal dunia dipercayai akibat didera kakak dan abang iparnya di Paka, tengah hari semalam.
Mangsa, Nudzirah Nur Safiah Sabarudin dikejarkan ke Klinik Kesihatan Paka kira-kira 3 petang tetapi disahkan meninggal dunia beberapa jam sebelum itu.
Pemeriksaan pegawai perubatan di klinik kesihatan itu mendapati kesan lebam di badan dan kaki mangsa.
Kanak-kanak itu dikatakan dijaga kakak dan abang iparnya kerana ibu bapanya bekerja di Kuala Lumpur.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah mengesan kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
Sumber: informasidbt
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments