ada kenalan yang ajak saya bercinta

03:13

3-22Ada-Kenalan-Yang-Ajak-Saja-Bercinta2

Selama enam tahun hidup bersendirian, Maya Karin akui dirinya pernah diajak menjadi teman istimewa oleh seseorang dan menjalinkan hubungan yang lebih serius, namun beliau enggan terlalu bercerita mengenainya. Walaupun beliau sudah terbiasa hidup bersendirian, beliau tidak menolak kemungkinan suatu hari nanti dipertemukan jodoh yang sesuai dengannya.

BACA: Berhenti Jadi Artis, Maya Karin Umum Sertai Politik

Saya tidak menafikan ada kenalan yang cuba mendekati, Januari lalu, dan mahu kami mencuba fasa hubungan yang lebih serius. Jujurnya, saya sendiri sukar untuk bercerita mengenainya, tetapi tidak salah kalau berkawan. Dia tiga tahun lebih tua daripada saya dan bukan daripada kalangan orang industri, katanya kepada Berita Harian Online mengenai perkara itu.

AmirnaPills_Island01A.jpg

Sementara itu, apabila ditanya dengan lebih lanjut mengenai hubungannya dengan jejaka misteri itu, Maya memilih untuk berdiam diri dahulu kerana masing-masing masih sedang mengenali hati budi. Namun kongsinya lagi, beliau selagi boleh ingin mengelak daripada terlibat dengan cinta jarak jauh kerana dirasakan hubungan seumpama itu tidak serasi dengannya.

Terdahulu, Maya bukan sahaja digilai ramai jejaka malahan beliau juga sebelum ini pernah menerima hadiah misteri berupa sebentuk cincin dari seorang jejaka ketika percutiannya di Jerman. Lelaki itu dimaklumkan berjumpa sendiri dengan ibu Maya untuk melamarnya, lebih menakutkan lagi beliau sendiri tidak mengenali siapakah jejak berkenaan. (rkty/w)

Forum-Ads-PHL.jpg



SUMBER
Berita Harian Online

Sumber: Rotikaya

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

You Might Also Like

0 comments

Online