Ya Allah Lindungilah Perjalanan Keluarga Ini
06:43Sayu dan pilu melihat pasangan ini naik motosikal bersama 3 orang anak kecilnya, serta seekor kucing, menempuh perjalanan jauh untuk balik ke kampung mertua.
Hasnul Zulkarnain, yang terserempak dengan mereka di Tol Jelapang pada tengah hari tadi, sempat merakam dan memuat naik video serta gambar mereka di Facebook, cetus rasa simpati netizen.
“Kisah sangat sedih dan sayu. Saya bertemu dengan lima beranak ini jam 1.25 petang, 13 September 2016 di Tol Jelapang. Mereka lima beranak dari Pulau Pinang nak balik ke kampung mak mertua di Kampung Simee, Ipoh, Perak.
“Saya bersimpati sangat terhadap mereka sehingga menitis air mata. Saya tahan motosikal mereka untuk beri sumbangan. Saya sangka hanya empat orang, rupanya lima orang naik satu motosikal dan ada seekor kucing dalam raga motosikal.
“Doakan keluarga ini selamat dan dipermudahkan hidup mereka,” katanya.
Status Hasnul itu mendapat 10,300 perkongsian di Facebook. Kesemuanya mendoakan agar keluarga itu selamat sampai ke destinasi.
Begitulah kehidupan rakyat marhaen. Biarpun hidup serba kekurangan, namun tetap dibawa satu keluarga bersama walaupun ke mana jua perginya si bapa. Di kala kita menikmati hidup senang. sentiasalah beringat bahawa ada orang lain yang hidup susah. – The Reporter
SUKAKAN ARTIKEL INI? SHARE!!
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Sumber: citeheboh
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments