Tolong Maafkan Saya Kalau Dia Tak Rakam Video Tu Semua Tak Akan Tersebar Maafkan Zila Selepas Maaf Tidak Diendahkan Along Cham Akhirnya Zila Sekali Lagi Tampil Dengan Video Terkini
23:58Penyanyi Nor Azilah Seeron, 28, atau Zila memohon pembelaan berhubung tuntutan nusyuz yang difailkan bekas suaminya, pelawak Along Cham pada 12 Mei lalu.
Zila selaku defandan mengangguk faham ketika Hakim Syarie menyebut semula tuntutan nusyuz yang difailkan plaintif iaitu bekas suaminya Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad, 33 namun memohon pembelaan menerusi peguam syarie mewakilinya, Nurul Aini Yusoff.
Abdul Halim telah membenarkan permohonan defendan untuk meneliti dokumen dan memasukkan pembelaan berhubung kes berkenaan.
Mahkamah menetapkan kes berkenaan didengar semula pada 29 September depan.
Sementara itu, bekas peserta program Maharaja Lawak Mega (MLM) itu memberitahu mahkamah mereka sudah tinggal berasingan sejak lima bulan lalu dan Zila selaku defendan dalam kes berkenaan keluar daripada rumah kelamin mereka tanpa kebenarannya.
Jelasnya lagi, isterinya itu bertindak keluar daripada rumah kerana tidak suka dimarahi disebabkan sikapnya yang malas memasak.
Zila ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling pada pagi Isnin enggan memberikan sebarang komen berhubung penceraiannya.
Bagaimanapun Zila sempat memohon maaf kepada semua di atas kesilapan dilakukannya, selain dari itu hanya perkataan no komen yang keluar dari mulutnya.
Zila diceraikan talak satu oleh bekas suaminya, Along yang memfailkan permohonan perceraian pada Isnin mengikut Seksyen 47, Enakmen Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.
Abdul Halim ketika membaca keputusan selepas lafaz dibuat memerintahkan Zila menjalani tempoh edah selama tiga kali suci berkuatkuasa Isnin.
Media sebelum ini melaporkan, isteri seorang pelawak ditangkap oleh sepasukan pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dalam kejadian pada 13 Ogos 2016 selepas dipercayai berkhalwat dengan seorang lelaki di Bukti Jalil, dekat sini.
Semasa serbuan dibuat, wanita berkenaan ditemui bersembunyi di belakang almari dalam sebuah bilik.
> K1ik jika rasa post ini patut dibuangArtikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Kami tidak bertanggungjawab keatas segala pandangan terhadap artikel ini. Terima kasih
Sumber: superkiram
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments