Tiga Pelajar Didakwa Liwat Teman Sekolah Dalam Stor

17:58

2c4HKTD

Tiga pelajar didakwa di Mahkamah Majistret Dungun kerana meliwat di sebuah stor sekolah. Paparan skrin Google


DUNGUN, 9 Sept Gara-gara meliwat seorang pelajar bulan lalu, tiga pelajar tingkatan lima didakwa di Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Mangsa berusia 15 tahun itu diliwat di sebuah bilik stor terletak di belakang dewan sebuah sekolah menengah di daerah Dungun di sini, lapor Harian Metro.

Kejadian didakwa berlaku di antara jam 2 hingga 3 petang pada 28 Ogos lalu.

Ketiga-tiga tertuduh mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan majistret Hazwanie Hussain Bustari.

Laporan bagaimanapun tidak menyatakan samada mereka mengaku bersalah.

Mengikut pertuduhan, kesemua tertuduh didakwa melakukan persetubuhan bertentangan aturan tabii mengikut Seksyen 377(B) Kanun Keseksaan.

Mereka berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.


Sumber: themalaymailonline.com

Sumber: citeheboh

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

You Might Also Like

0 comments

Online