Sayu Siswi cantik ini dilable perempuan murahan garagara gambar nya

07:00

Laura.jpg

Seorang mahasiswi dari Belgium mempunyai cara unik tersendiri untuk mempamerkan kecantikan tubuh badannya menerusi laman sosial, yang jarang dilakukan oleh mana-mana perempuan.

Cara kreatif yang dibawa Laura De bagaimanapun mengundang kata-kata hinaan dan cacian dari netizen laman sosial

Ini kerana, dia memuat naik gambar yang memperlihatkan dirinya mempunyai bulu ketiak yang lebat dan panjang.

Laura%2B-1.jpg

Laura%2B1.jpg

Laura%2B%2B2.png

Melihat foto ini, awak membuatkan saya muntah hingga 146 kali,tulis seorang netizen.

Lebih melampau, ada netizen yang menggelarkannya perempuan murahan dan khinzir. Tidak kurang juga yang beranggapan, gadis ini sengaja mahu cari publisiti.

Menerusi foto kontroversi yang dikongsikan Laura memberitahu, tujuannya memuat naik gambar itu kerana mahu memberi inspirasi kepada semua wanita agar tampil yakin tanpa memikirkanstandardkecantikan yang tidak masuk akal.

Aku tak perlu orang lain mengatur apa yang aku lakukan pada tubuhku, bentuk tubuhku, dan penampilanku. Salahsatu hal paling buruk di dunia adalah wanita tertekan kerana terpaksa mencabut dan mencukur rambut atau bulu tubuh karana tidak mahu berasa malu,tulisnya.

Gambar itu sebenarnya merupakan antara projek jurufoto bernama Florence Lecloux.

Dua minggu setelah memuat naik gambar kontroversi itu, Laura kembali memuat naik gambar ketiaknya lagi. Namun kali ini, ketiaknya licin dan bersih tanpa sebarang bulu.

Tubuhku, pilihanku,tulisnya dalam foto baru tersebut. MNH

Sumber: ceritagempakkomuniti

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

You Might Also Like

0 comments

Online