Sayu Dijemput ajal tragedi balik raya bakal guru ini pergi buat selamanya
19:28KEMAMAN : Hasrat tiga bakal guru untuk menyambutAidiladha di kampung halaman tidak kesampaian apabila terbabit dalam kemalangandi Km265, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), di sini petang semalam.
Dalam kemalangan kira-kira 3.40 petang itu, Nik Haikal Amir Hassan, 20, mautdi tempat kejadian manakala dua rakannya Muhammad Amin Ahmad Saifuddin dan MohdBashsyir Bukhari masing-masing berusia 20 tahun cedera parah.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kemaman, DSP Normansah Din ketika dihubungiBernamaberkata kejadian berlaku ketika ketiga-tiga pelajar Institut PendidikanGuru Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat itu dalam perjalanan ke Kelantan.
Katanya nahas itu dipercayai berlaku selepas kereta jenis Perodua Kenariyang dipandu Nik Haikal dipercayai terbabas sebelum merempuh besi penghadangjalan.
Susulan rempuhan itu menyebabkan Nik Haikal tercampak ke tengah jalanmanakala dua rakannya terperangkap di dalam kenderaan sebelum dibantu oleh orangramai.
Mayat pelajar itu dihantar ke Hospital Kemaman untuk bedah siasat manakaladua yang parah turut menerima rawatan di hospital sama, katanya. BERNAMA
Sumber: ceritagempakkomuniti
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments