Sayu Ajak Shiro terpaksa beraya dihospital kerana pembedahan
06:30KUALA LUMPUR : Pelakon dan pelawak, Ajak Shiro, 30, dimasukkan ke hospital akibat cedera dan terpaksa beraya di Pusat Perubatan Kempas, Johor Bahru, Johor.
Menurut isterinya, Nur Afifah Amin, Ajak atau nama penuhnya Mohd Hanaffi Razak mengalami kecederaan pada bahagian jarinya selepas terkena kaca.
“Ajak pegang cermin tingkap masa nak angkat barang semalam dan tiba-tiba cermin itu pecah. Serpihan kaca masuk dalam jarinya menyebabkan dia pengsan.
“Sekarang dia tengah menjalani pembedahan untuk mengeluarkan serpihan kaca berkenaan daripada jarinya dan menjahit bahagian luka. Doktor nak pastikan tiada urat yang putus,” jelas Afifah di laman Instagram.
Akibat kecederaannya itu, ramai peminat tidak henti-henti mendoakannya cepat sembuh di ruangan komen fotonya masuk hospital berkenaan.-HM
Sumber: ceritagempakkomuniti
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments