saya penat jadi bahan lawak zizan razak

04:44

Saya-Penat-Jadi-Bahan-Lawak-Zizan-Razak-

Seringkali menjadi bahan usikan jenaka setiap kali majlis yang dihadiri oleh Zizan Razak dan Emma Maembong, pelakon jelita ini mengakui rasa kurang selesa dengan perkara tersebut lebih-lebih lagi kisah cinta mereka sudah lama berakhir.

BACA: Emma Maembong Mahu Kurangkan Lakonan Bersama Kamal Adli

Secara jujur, memanglah tak selesakan? Benda saya dah move on, dia pun dah move on, jadi kenapa setiap program yang dia ada, mesti nak kena bahan saya. Memanglah kadang-kadang tak sebut tapi orang semua tahu benda khas tuju untuk saya

Saya pun dah tutup mulut, tak cakap apa-apa. Tapi bila dia nak buat lawak, tak taulah, dia macam takde modal lain, jelas Emma kepada BH TV. Tambah Emma, dia juga mempunyai perasaan selain rasa ingin dihormati sebagaimana Zizan mahu keluarganya turut dihormati.

Sementara itu dalam video temuramah itu juga, Emma menyatakan bahawa dia dan juga Kamal Adli ketika ini hanyalah sekadar kawan dan tidak mahu mengulas lebih lanjut tentang status hubungan mereka. (rtky/s)

TTBusan-Rotikaya-300x250.jpg

Sumber: Rotikaya

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

You Might Also Like

0 comments

Online