Rupanya 6 Orang Suspek Kes Bunuh Kevin Morais Ini Adalah Arahan

02:28

HQ280915ZB001.transformed.jpg

Petaling Jaya: Mekanik didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan bersubahat membunuh Timbalan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais, di rumah di Desa Mentari, awal bulan ini.

Bagaimanapun, tiada pengakuan diambil daripada A Murugan, 44, apabila pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid.

Tertuduh yang memakai baju kemeja mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan dan kelihatan tenang sepanjang prosiding.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa bersubahat melakukan perbuatan itu bersama enam lain yang dituduh membunuh Kevin, 55, antara 9.30 pagi hingga 8 malam, pada 4 September lalu di 29, Desa Mentari, di sini.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan 302 kanun sama yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika disabit kesalahan.
Inilah nama sebenar mereka…

G. Govindan, 47; S. Nimalan, 22; S. Subramaniam, 44; A. Thinesh Kumar, 22; M. Vishwanath, 44; and R. Dinishwaran, 22 adalah suspek utama pembunuhan Anthony Kevin Morais….jika disabit kesalahan..kesemua mereka akan dihukum gantung sampai mati…
Metro

Sumber: sehijaudaun90

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

You Might Also Like

0 comments

Online