Pesakit jangkitan Zika tempatan pertama meninggal dunia anda WAJIB tahu apakah puncanya Jangan ABAIKAN berita ini

04:28

Pesakit jangkitan Zika tempatan pertama meninggal dunia


HOSPITAL Queen Elizabeth 2.

KOTA KINABALU: Lelaki berusia 61 tahun dari Sabah yang disahkan pesakit pertama kes jangkitan virus Zika tempatan di Malaysia, meninggal dunia petang tadi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, ketika dihubungi bagaimanapun berkata, mangsa meninggal dunia akibat penyakit jantung dan bukan disebabkan kesan virus berkenaan.

“Beliau meninggal dunia petang tadi akibat penyakit jantung,” katanya.

Petang tadi, Kementerian Kesihatan mengesahkan menerima laporan kes jangkitan virus Zika tempatan pertama di Malaysia membabitkan lelaki tempatan berusia 61 tahun menetap di Taman Public Jaya di Likas, di sini.

Kementerian juga sedang menyiasat sejarah perjalanan pesakit itu dengan besar kemungkinan berpunca daripada jangkitan tempatan, ini memandangkan warga tua itu tidak pernah ke luar negara dalam tempoh terdekat kebelakangan ini.

Dr Noor Hisham berkata, memandangkan pesakit menghidap tekanan darah tinggi, masalah pembuluh darah jantung, penyakit kronik buah pinggang, masalah batu karang dan gout, keadaannya didapati agak serius ketika dirawat di Jabatan Kecemasan dan Trauma di Hospital Queen Elizabeth 2, di sini.

Katanya, walaupun keputusan ujian Makmal Kesihatan Awam menunjukkan sampel darah dan air kencing pesakit positif jangkitan Zika, namun keadaan pesakit yang agak serius kemungkinan bukan disebabkan jangkitan Zika, tetapi penyakit lain dihidapinya

Sumber: ternyataviral

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

You Might Also Like

0 comments

Online