Kemas Rumah Malas Cuci Toilet Tak Rajin Isteri Pemalas Dapat Suami Garang

20:13

malas

Ini merupakan antara kisah teladan yang wajib dibaca terutama kepada kaun wanita yang bakal berkahwin dan mempunyai sikap pemalas. Jangan tipu diri sendiri, bukan semua wanita rajin memasak, mengemas rumah dan membuat kerja-kerja rumah.

Apabila berkahwin maka bermulalah masalah rumahtangga. Rumah kotor, pinggan tak berbasuh, baju berlonggok, semut sana sini hurungi makanan yang terjatuh, malah tong sampah pun sampai berulat tak dibuangnya.

Kehebatan wanita inisudah tentulah bersolek, 1-2 jam bersolek pun okey, no problem. Kepada spesis wanita seperti ini, mari baca kisah ini dan seterusnya muhasabah diri sendiri.

Jom baca:

Suami saya (Am) dan saya sebaya, 27 tahun. Kami berkenalan masa pra-u tapi lepas tu masing-masing masuk universiti yang berbeza. Kami memang tak saling berhubung pun. Tapi saya admire dia sebab dia ni jenis yang tahu apa yang dia nak buat. Dia minat dengan apa yang dia buat dan bersungguh2. Itu kesimpulan saya berdasarkan apa yang saya baca dalam blog dia lah (zaman blogging time ni).

Berbeza dengan Am, saya ni sangat pelupa, lengai, dan tak ada cita2 maka sebab tu saya macam tak ada pedoman nak study. Oleh sebab Am ialah orang yang saya impi nak jadi, saya admire dia. Senyap2lah kan.

Dalam masa 4 tahun di uni, dia pernah mesej kat Yahoo Messenger dua kali. Dua2 kali pun hantar Salam saja. Bila saya reply, sampai ke sudah tak reply balik. Saya pun terfikir, dia ni minat kat aku tapi malu ke? Hehe.

Dipendekkan cerita, bila dah grad, dah kerja, pada suatu petang hujung minggu yang menyeronokkan untuk tidur, lecturer saya call saya. Rupa-rupanya dia membawa hajat melamar bagi pihak Am. Saya mamai pada waktu tu, nak cakap fikir dulu baru bagi jawapan tapi terjawab macam setuju terus pulak. Lepas segar tu baru rasa cuak2.

Memang saya dan Am tak kenal sangat. Taaruf pun gitu2 je. Bila dah kahwin terkejut beruk saya bila dia perkenalkan saya pada ayah dia. Sebab saya mati2 ingat ayah dia dah meninggal. Sebab dulu masa bertunang saya ziarah mak dia je ada kat rumah. Saya pun jenis malu tak bertempat dan berat mulut so saya tak tanya pasal ayah dia dan pandai2 buat assumption. Rupa2nya ayah dia masih hidup dan sihat walafiat.

Masa dah kahwin pun barulah saya baru tahu sikap suami saya ni. Dia ni garang dan tegas sangat. Kalau berlaku ketidakadilan memang dia akan menghukum time tu jugak. So kalau korang potong barisan kat jalanraya pastu kereta tu buat tak puas hati kat korang, brace yourself, that could be my husband haha.

Selain tu, Am ni memang terbaik, sebagai suami, anak, ayah, dan orang biasa. Pernah sekali dia singgah kat kedai untuk beli barang dapur. Saya tunggu dalam kereta je. Am kata saya ni lambat so kalau dia je yang shopping jadi cepat sikit. Memang betullah tu. Tiba2 ada seorang makcik tua yang teragak2 nak lintas jalan kat tepi tu. Suami saya pun tolong makcik tu angkat barang2 dia dan lintas jalan. Lepas tu dia patah balik. Saya cam kagum gila time tu.

Am ni memang boleh dikatakan matanglah.

Saya pula, masa kahwin dulu, masak megi pun haram tak reti. Yang saya tahu megi ni rendam dalam air panas 2 minit je (bujang style). Kemas rumah pun tak rajin, cuci toilet pun tak rajin. Memang tak alert dengan benda2 camtu. Saya ni macam perempuan yang confessors sebelum2 ni cerita la -bertudung labuh tapi malas.

Seriously saya memang tak alert dengan benda2 macam tu. Saya tak tahu pun semua tu common sense. Saya tak rasa pun bila nampak benda kotor, kena bersihkan. Bila lapar, masak. Bila nampak orang jatuh, sambut. Saya buat lengai je. Tentang semua tu, anggaplah saya dibesarkan di sebuah planet di mana common sense tidak diajar dan everything semua spoon feeded je. Saya pun tak reti nak akrab dengan orang so dengan kawan2 pun saya tak sampai ke tahap nak belajar dan perhati cara hidup diorang.

Am pun streslah dengan bini dia ni. Dahlah dia ni spesis rare yang tak suka langsung makan kat luar, dapat pulak isteri yang tak reti masak. Nak belajar masak, buat blur dulu, tenung periuk. Last2 Mr. Efficient tu la yang buat semua.

Bila balik kampung, Am asyik suruh saya tolong mertua saya buat itu ini. Saya pulak time tu stres sangat. Rasa macam terpaksa buat semua benda. Time tu saya dapat tahu pulak sebenarnya yang bagi salam dalam YM dulu tu bukan Am, tapi housemate dia saja main2.

Ya Allah, waktu tu rasa macam tertipu je sebab perasan. Emosi menguasai diri, mulalah setan cuit2 suruh rebel. Masa tu, kalau dalam fb ada wanita buat status dalam islam isteri tak wajib buat kerja rumah, tugas isteri layan suami je, saya kembang kuncup hidung bersemangat menyokong dalam hati.

Lepas tu saya muhasabah balik diri sendiri. Saya start compare life saya dan family suami saya. Diorang sangat rajin. Suami saya pun telah banyak put effort dan berkorban untuk saya.

Contohnya dia tak suka makan kat luar. Lama2 dia longgarkan pegangan dia tu, bawa saya keluar makan kerap2. Anak pun dia tolong uruskan. Pegi check up bulanan anak kat klinik pun dia hantarkan, siap ambil cuti lagi. Selalu tolong kemas rumah, cuci dapur. Tapi dia selalu gagal bab cari barang.
Suatu hari dia belikan saya kerusi malas ikea (surprise). Katanya kesian tengok saya letih buat kerja rumah. Pernah sekali dia beli iron yang tinggi tu (tak ingat nama dia), yang jenis orang pakai kat kedai jual baju, gantung baju pada hanger, lalukan pemegang kat baju, keluar wap panas dan baju terus jadi straight je. Saya kata kenapa beli iron ni. Katanya sebab saya puji iron ni masa pergi butik sedara haritu. Haha saya puji je, sebab tengah berbasa-basi bersembang. Manala saya reti guna iron tu. Sampai ke sudah tak guna pun.

Pelik juga dia korbankan macam-macam, sebab suami saya ni jenis penyayang duit (bukan kedekut lol). Sebab dia datang dari family yang susah. Masa kecil2 dah menabung kumpul duit. Masa ambil degree buat kerja part time. Sampai pernah kerja cuci toilet. Tapi kerja seminggu je sebab bos dia nak bagi kerja tu pada orang yang lebih memerlukan. Last2 kerja kat mall. (ok kalau nak cerita pasal Am saja boleh buat post lain ni)
Mula2 dulu bila mak mertua saya start masak, suami saya cepat2 suruh saya pergi tolong. Kalau saya buat malas, dia berleter haha.

Lama2 daripada terpaksa jadi suka pulak. Lepas tu saya alert saja dengan jadual mertua saya. Bila saya dengar bunyi kat dapur, melompatlah saya ke sana. Rumah sendiri pun saya kemas dengan jayanya walaupun kena sapu enam tujuh kali sehari sebab ada anak yang suka menjamu semut. Sekarang nak masak pun cam guna sebelah mata je (poyonya aku). Sambal, kari, masak lemak, roti jala, nasi ayam, karipap, bolehlah saya masak. Cuma time kena kat lauk ayam masak kicap yang mudah tu asyik fail pulak.

Sekarang ni saya pulak yang bebel kat suami kalau dia tak tolong mak dia. Suami saya ni rajin membantu juga. Tapi dulu asyik suruh saya je buat kalau kat rumah mertua. Saya pun tanya kenapa dia paksa saya buat kerja. Rupa2nya dia nak saya dilihat sebagai menantu yang baik. Betul juga tu, fikir saya. Malas kat rumah sendiri takpe lagi. Suami saya fikir kebaikan saya je selama ni. Memang mak mertua lebih sayang saya sekarang ni atas jasa suami yang berjaya mendidik.

Kalau saya balik ke planet saya, saya pulak yang rasa pelik dengan attitude penduduknya.

Kesimpulan saya kat sini ialah:

1. Dalam perkahwinan kita boleh datang dari background yang pelbagai. Dari sangat baik sampailah ke worst. Macam mana nak cari persamaan, suami isteri kena put effort. Dua2. Saya masih lagi put effort, Am pun masih put effort. Kalau sorang je memang lambat (tapi tak mustahil).Dan of course, nak put effort kena berkorban, bersabar, pasti ada banyak drama panas hati dan ayer mata. Itu lumrah berumahtangga. Gaduh, baik, gaduh balik.

2. Kena selalu bermuhasabah. Refer everything pada Allah. Minta petunjuk. Tak perlu ilmu agama yang tinggi untuk start bermuhasabah. Sambil mandi pun boleh buat. Nak lagi cantik, selalu usaha dekatkan diri dengan Allah dengan segala kemampuan kita. Dengan itu, hati lebih lembut untuk bermusabah dan bertenang.

3. Solat berjemaah suami isteri. Serius ni. Saling support untuk buat benda baik. Isteri buat cengih sikit kalau suami malas bab2 ibadah. Isteri bukannya tak boleh bimbing suami. Kalau Am marah kat jalanraya sampai nak termencarut, saya pesan balik, sebut bab satu je. Better dari sebut b*** tu. (orang lelaki ni memang suka mencarut eh?)

4. Suami kalau boleh kena dominant sikit. Jadi pemimpin. Tegas dan mendidik.(feminis mesti marah saya ni) Isteri walaupun seorang yang lebih terer leadership di luar sana, respeklah pada suami. Takut campur sayang = sakut? Kalau tak reti nak jadi follower, berlakon konon macam reti. Lama2 jadi reti. Tapi still macam kat atas tadi dah cakap, isteri kena bimbing suami kalau dia tersalah.

5. Terima orang seadanya. Buka pintu hati, lapangkan dada. Terima both kelemahan dan kelebihan dia. Orang lain pun pasti susah nak digest perangai pelik kita tapi diorang berusaha. Kita pun kena buat yang sama.

6. Sabar. Sabar. Sabar. Sabar. Sabar.

7. Jangan tidur petang.

Ok itu je. Sorry for the long post.
Isteri Am

Kisah ini berakhir dengan baik, Akhirnya sang isteri menjalankan tugasnya dengan baik hanya dengan bermuhasabah diri. Sebagai wanita kita hendaklah sentiasa muhasabah diri dan perbaiki diri, barulah kehidupan bahagia. PENMERAHDOTCOM

Sumber: penhijaudaun

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

You Might Also Like

0 comments

Online