INNALILLAH SALAM TAKZIAH DARIPADA KAMI KEPADA KELUARGA MANGSA Mayat Ditemui Dalam Sungai Selepas Hilang Seminggu

08:28

1.png

KAMPAR – Mayat seorang lelaki ditemui dalam Sungai Peria, dipercayai maut akibat kemalangan pada 27 Ogos lalu, laporHarian Metro.

Mangsa yang merupakan Orang Asli, Akong Husin, 62, ditemui bersama dengan motosikalnya Yamaha 135LC di dalam Sungai Peria oleh orang awam.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon berkata, mangsa sebelum ini dilaporkan hilang pada Sabtu lalu.

14192077_113890845732802_235604994938818

“Siasatan awal mendapati, mangsa yang dilaporkan hilang Sabtu lalu dipercayai mengalami kemalangan pada 27 Ogos jam 4 petang ketika mangsa menunggang dari Sungai Siput Selatan menghala ke Pos Dipang.

“Apabila sampai di tempat kejadian, mangsa hilang kawalan lalu melanggar tembok sebelum terjatuh ke dalam Sungai Peria,” katanya.

Akibat dari kemalangan itu, mangsa yang bekerja sebagai tukang rumah mengalami kecederaan dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Sumber: ternyataviral

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

You Might Also Like

0 comments

Online