Ibu Dan Ayah Bunuh Diri Kerana Tak Sanggup Tanggung Hutang Anak!!! Dan Tinggalkan Nota Pilu.

06:40

Pasangan ini mempunyai dua orang anak hasil perkhawinan mereka, namun mereka tidak tinggal serumah kerana anak-anaknya itu sudah berumah tangga. Sehingga ke hari ini Hartono dan Sulis hanya tinggal berdua sahaja di rumah mereka itu.



Sunardi 55 tahun merupakan jirannya ketika di temui mengatakan bahawa keluarga Hartono tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda yang mencurigakan dalam beberapa hari ini sehinggalah penduduk setempat dikejutkan dengan penemuan dua mayat dalam keadaan berpelukan di bawah pokok buluh.

" Mereka menjalani hidup seperti biasa namun agak tertutup kerana mereka jarang bergaul dengan penduduk kampung sehinggakan menjadi persoalan apa yang mereka hadapi kerana tidak ada siapa pun yang mengetahui sebab mereka bertindak sebegitu," katanya lagi.

Masalah ekonomi menjadi salah satu penyebab tindakan mereka membunuh diri bersama, kalau dah namanya keperluan rumah tangga tidak akan ada penghujungnya," kata Sunardi.

Sementara Andri, salah seorang ahli keluarga Hartono ketika ditemui mengatakan bahawa dia tidak mengetahui punca bapa dan ibu saudaranya membunuh diri.

Mangsa telah meninggalkan sepucuk nota menerangkan mengenai hutang-hutang anaknya serta di dalam suratnya itu juga menjelaskan bahawa mereka ada meninggalkan sejumlah harta kepada anak-anaknya yang mungkin boleh digunakan sedikit bagi membayar hutang anaknya dan berpesan supaya jasad mereka dikebumikan di dalam satu liang lahad.



Pihak polis yang menyiasat kes AKP Muklason menjelaskan bahawa motif bunuh diri pasangan suami isteri tersebut adalah kerana malu kerana anak-anaknya mempunyai banyak hutang.

You Might Also Like

0 comments

Online