Gadis Ini Jadi Mangsa Rakaman Oleh Hacker Melalui Webcam Habis Semua Gambargambar TUT Tersebar Mungkin Anda Jugak Dah Di Intai Tanpa Sedar Terutamanya Perempuan
20:43Gadis Jadi Mangsa Rakaman Oleh Hacker Melalui WEBCAM. Mungkin Anda Juga Dah Di INTAI Tanpa Sedar !!!
Gadis Jadi Mangsa Rakaman Oleh Hacker Melalui WEBCAM. Mungkin Anda Juga Dah Di INTAI Tanpa Sedar !!!| Korang ada tak mana-mana member yang lekat tape ataswebcam laptop masing-masing? Korang mungkin fikir mereka ni macam paranoid tak bertempat, tapi sebenarnya bukan rakyat marhaen je yang baut benda macam ni, malahpengasas Facebookdanpengarah FBI pun turut sama!
Tweet kat bawah nimenunjukkan yang Zuckerberg bukan je letak tape kat webcam, malah kat lubang untuk microphone sekali!
Bunyik sebijik macam cerita spy kan. Hmmkita rakyat marhaen ni kena risau ke? Mungkinlah FBI tak berminat pun nak siasat isi kandungan laptop korang yang penuh porn tu. Tapimasih ada beberapa sebab korang masih perlu berjaga-jaga,dan ini antara contoh perkara-perkara yang pernahberlaku
1. Kena hendap melalui webcam, gadisdiugut dengan gambar sendiri
Bayangkan korang tengah sedap bergolek dan bercengkerama atas katil, pastu tiba-tiba dapat emel. Dan dalam emel tu ada attachment, korang bukak dan terlihatlah gambar diri sendiri.
Gambar dari Global News.
Seorang gadis Malaysia yang kena hendap menggunakan RAT.
Mengikut artikel kat Ars Technica, antara cara stalkernimencari mangsa adalah dengan meletakkan malware tersebut di dalam fail yang orang suka download contohnya lagu, movie, ataupun game pastu letak kan website file sharing seperti torrent. So bagi kaki sedut torrent kat Internet tu,berhati-hatilah sebelum korang diperhatikan
2. Hacker boleh kawal brek, wiper dan matikan enjin dalam kereta
Pada Julai 2015, dua orang penyelidik sekuriti (kiranya hacker tapi berhati murni) buat demo macam manamereka boleh hack ke dalam kereta Jeep Cherokee. Seorang wartawan pun jadilah mangsa ujianuntuk memandu jeep tu.Sedangsedap-sedap dia bawak kereta kat tengah highway,dua orang hacker tadimulakuatkan aircond, tinggikan volume radio, pasang wiper, dan keluarkan sabun wiper. Korang boleh tengok video dia kat bawah ni:
Syukurlah kat Malaysia ni kalau tren lambat 15 minit besar kemungkinan ia bukanlah sebab kena hack tapi sebab perangai tren kitamemangmacam tu
3.Jangan connect ke Wi-Fi sebarangan, nanti akaun banksemua boleh kena curi
Imej dari hackread.com.
Kat Olimpik di Brazil baru-baru ni, time semua orang tengah berasak-asaknak tengok team faveretmasing-masing,ada hacker yang yang buat Wi-fi hotspot percuma yang palsuuntuk mencari mangsa. Bila korang connect pada Wi-Fi ni, hackers boleh curi maklumat termasuklah password dan nombor kad kredit.
Lepas tu apa yang saya boleh buat adalah curi password dia, dan saya boleh masukkan update palsu, dan bila dia install je kita akan dapat akses penuh ke dalam sistem komputer dan dia takkan tahu. Kevin Mitnick,dipetik dari News.com.au.
Imej dari keyword-suggestions.com.
So kalau korang ada kat luar dan tak cukup data nak main Pokemon Go, jaga-jaga kalau nakconnect ke Wi-Fi hotpsot. Takut-takut Pokemon yang dikejar tak dapat,akaun bank yang dikendong berciciran.
4.Artis kena target dengan hackers dan gambar bogel mereka disebarkan
Pada hujung tahun 2014, duniaselebriti antarabangsa kecohbilagambar bogel artis terkenal dibocorkantermasuklah Jennifer Lawrence, Ariana Grande, dan Kirsten Dust. Hacker dikatakan ambil gambar ni semua daripada akaun iCloud artis-artis tersebut (iCloud ni ada kat iPhone, di mana semua gambar yang korang tangkap akan kena upload secara automatik).
Takpe JLaw, maintain cool!
Macam ni ke cara nak hack.
5.Hacker nak curi $1 billion daripada bank, tapi kantoi sebab tersilap eja
Awal tahun ni,sekumpulan hacker telah mencuri login pegawai Bank Pusat Bangladesh, dan start transfer berjuta-juta dolar keluar. Tapi dalam transfer yang kelima, pihak berkuasa mula perasan ada benda tak kena sebab hacker ni tersilap eja Shalika Foundation sebagaiShalika Fandation. Transfer dihentikan, tapi mereka dah bawak lari $81 juta dan sampai sekarang penjenayah masih lagi tak dijumpai.
Tapi kes songlapduit bank yang paling power dilakukan olehsekumpulan hacker dari Russia yang berjaya curi650 jutaselama dua tahun.Geng ni guna virus yang disebarkan ke kira-kira 10 badan kewangan seluruh dunia. Punyalah sofistikated sampai mereka boleh tengok video CCTV kat bank tu semua.Kantoi pun sebabada orang perasan ATM kat Ukraine tiba-tiba keluarkan duit tak tentu hala.
Kes yang dua kat atas ni pun kes yang dah kantoi, itupun tak tau dapat tangkap lagi penjenayahnya. Bayangkan berapa banyak kes lagi yang tak diketahui
6. Negara Ukraine digelapkan bila hacker tutup penjanakuasa elektrik
Tapi tu eksperimen, ada ke seranganbetul-betul yang melibatkan orang awam? Adaawal tahun ni je,Ukraine tiba-tibagelap gelitabila duasyarikat eletrik terbesar kena hack.Serangan ini menjejaskan lebih kurang 80,000 penduduk kat Ukraine. Bukan tu je, hacker yang sama buat serangan TDoS (Telephone Denial of Service) di mana mereka menghantar panggilan telefon palsu secara berjemaah supaya pengguna lain tak dapat buat aduan. Lepas tu bila ada sorang staff perasan akan serangan ni, hacker tadi delete data dalam komputer sampai tak boleh nak nak start balik! Seram weh
Kat Malaysia tak payah hack pun takpe
7.Hacker ditugaskan untuk tujuan politik
Kalau kes Ukraine tiba-tiba jadi gelap kat atas tadi macam dah horror, kes yang seterusnya ni lagilah menakutkan bila hacker diupah untuk menentukan presiden negara!
Bloombergmenceritakan kisahAndrs Seplveda, seorang hacker yang digaji oleh kerajaan-kerajaan katAmerika Latin untuk tujuan politik.Andrs mengetuai kumpulan yang mencuri strategi kempen,mencipta sentimen palsu di social media (samada menyokong ataupun membantah,lebih kurang macam cybertrooper kita la), dan install spyware kat pihak politik lawan.Punyalah ninja siAndrs ni, kebanyakan team dia sendiri tak tau atau tak kenal pun akansiapaAndrs dan peranan dia.
Punyalah geek Andrs ni sampai dia buat tatu QR code dan kod HTML kat kepala.
Sekarang niAndrs sedang menjalani hukuman penjara selama 10 tahun atas segala kesalah siber dia, sosekarang ni dia sedang berterus-terang atas segala kisah lama dengan harapan boleh keluar jel awal la.
Kalau korang nak tau,Andrs asalnya keluarga miskin dan mula-mulakenal komputer pada umur 15 tahun. So tidaklah terlambat untuk korang start belajar programming tapi bukan untuk buat kerja tak senonoh ye.
Langkah berjaga-jaga yang korang boleh lakukan
Kebanyakan daripada kita bukanlah pakar komputer. Kalau bukak laptop dan smartphone pun untuk Facebook, Instagram, dan guna kalkulatorje. Tapi takpe, sebenarnyakorang boleh ambil beberapa langkah asas untuk mengurangkan risiko kena hack, termasuklah:
- Rajin-rajinkan update komputer dan smartphone, sebab update ni mengandungi fix kepada kelemahan sekuriti yang mereka jumpa.
- Elakkan guna Wifi hotspot yang sebarangan, takut-takutitu hacker yang punya. Nak lagi selamat, gunalah data korang selagi boleh.
- Guna password yang susah dan berbeza-beza. Kalau password tu simple sangat, senang kena hack. Kalau guna password sama bagi akaun lain lagi la parah. Cuba gunapassword manageruntuk membantu korang membuat dan mengingat password.
- Bila buat soalan sekuriti, janganla obvious sangat. Contohnya kalau korang pilih soalan siapa nama mak hang, senang hacker nak teka.
- Kalau ada email atau mesej pelik-pelik, jangan layan. Ingat kat teknik pishing yang kami sebut kat atas tadi? Sekarang ni teknik phishing daripada hacker making kompleks, bukan setakat stail Putera Nigeria tu je.
- Guna two-factor authentication. Feature ni ada pada website macam Gmail dan Facebook di mana kalau korang nak login daripada komputer baru, dia hantar SMS dulu ke phone.
- Guna VPN untuk browse website. VPN ni berfungsi untuk encrypt sambungan korang kepada Internet, supaya identiti tak mudah didedahkan.
Sumber : viraldotmy
Sumber: jubahsemalam
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments