ERRA FAZIRA SEMAKIN BERANI So Sweet Erra Muat Naik Foto Shahir Sempena Birthday Cakk Kejutan untuk kamu yang dikasihi Jangan marah Jangan terperanjat Selamat ulang tahun Moga Allah sentiasa merahmati dan memberkati hidupmu

05:48

HUBUNGAN yang terjalin antara primadona Malaysia, Erra Fazira dengan Shahir Zawawi sememangnya bukan lagi rahsia.

erra-fazira-dan-shahir

ika dahulu, masing-masing lebih senang berdiam diri. Namun kini, mereka nampaknya sudah terbuka mengenai percintaan mereka.

Terbaharu, pelakon jelita itu akhirnya telah beranimemuat naik gambar kekasihnya beserta ucapan hari jadi di laman Instagram, pada Selasa.

Walaupun gambar itu digelapkan bahagian mata, tetapi ramai yang dapat menduga gerangan lelaki itu adalah Shahir.

Tambahan pula,juara Akademi Fantasia musim kelapan itu pun menyambut hari jadi ke-28 pada 5 September lalu.

Cakk!!! Kejutan untuk kamu yang dikasihi. Jangan marah. Jangan terperanjat. Selamat ulang tahun! Moga Allah sentiasa merahmati dan memberkati hidupmu

Moga dipanjangkan usia dan dilimpahi rezeki yang melimpah ruah. Terima kasih kerana banyak menyumbang sisi positif dalam hidup saya.

Mendoakan kebahagiaan serta kesejahteraan kamu. Semoga tahun ini akan menyerlahkan keriangan yang tak bernoktah dan memori yang indah,tulis Erra di laman Instagramnya.

Gambar yang dimuat naik Erra turutmenerima usikan daripada peminat Erra yang mendoakan kebahagian pasangan ini.

Terdahulu, Erra memberitahu, keluargaShahir telah merestui hubungan mereka namun masih belum ada perbincangan di pihak keluarganya.

Sumber: ternyataviral

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

You Might Also Like

0 comments

Online