Disorok bunian Cuba lihat belakang 3 orang awek tu PASIR KLEBANG
21:33Disorok bunian. Cuba lihat belakang 3 orang awek tu.. VIDEO ‘PASIR KLEBANG’ 21.Feb.2015 Jangan salahkan hakak kalau korang takut nak pergi tandas or pergi dapur ea.. akak ni duduk atas katil jee nak turun katil pun seram hahaha. *Fokus dekat belakang bridesmaid.. Jeng jeng jeng ! Kalau korang nampak.. coment “Nampak” !
Tetiba nak buat full story tentang kejadian yg pernah kami alami dulu.. tempat yang cantik siapa sangka macam-macam benda terjadi. Bukan seorang dua yang kene aku tahu ramai yg pernah alami jugak kan ? Nak dijadikan cerita.. lepas sanding kami nak buat sesi outdoor. Aku sanding dekat Simpang Ampat, Alor gajah. Tarikh tu bersamaan dengan raya cina tau.. memula aku mmg cadang nak outdoor yg dekat dengan rumah jee tak nak lah sampai melaka tapi alor gajah tak banyak sangat tempat menarik kan.. jadi photog kami bagi cadangan untuk outdoor di “Pasir Klebang’.. jeng jeng jeng ! Kisah dia pun bermula mcm ni….. Masa sampai tu tak adalah rasa mcm pelik pun tapi serius kat situ mcm pesta pengantin pun ada aku tengok..Ramai gila photoshot situ tau.. mmg betul gambar kat situ cantik sangat dgn view dia kan pehh ! Ok bila tap tup tap tup tengok ehh dah senja lah.. abg ex5 (penjaga situ mungkin) suruh kami keluar secepat mungkin.. Kereta bridesmaids sangkut pulak.. jadi pengapit lelaki pun tolong handlekan kereta dorg sebab semua pompoan kan hapah tak tau pastu yg lain tolak.. bila kereta dah boleh jalan ktorg tak bagi dia berhenti ktorg suruh dia terus cari jalan keluar.. jadi bridesmaids 3 org ni naik kereta pengantin.. lepas tu kereta pengantin pulak.. haa korg bayangkanlah masa berjalan jee ni dah nak azan.. nasib kereta pengantin tak lama sangat sekejap jee tolak dah boleh jalan.. bila boleh jalan ktorg semua naik kereta lah tapi mmg tak nampak apa masa tu sbb dah gelap.. husband masa tu dia tekan jee jalan jee yg benau tak tahu arah.. lepastu kami stuck lagi sekali… Keluar jee dari kereta tengok tayar dah terbenam.. ktorg mmg tak nampak pape.. dikeliling pasir yg bertimbun.. gelap yg amat harapkan cahaya bulan dan torchlight handphone.. Husband buka lampu kereta siap main lampu tinggi nak bagi signal mana tahu ada siapa perasan ke kan.. hon kereta banyak kali pun tak ada respon huishhh seram gila mase ni.. photog kami call kami nak tahu mana lokasi tapi yg mampu kami ckp dekat tengah-tengah ni dikeliling pasir.. Ktorg nampak jalan yg ada kereta lalu lalang tapi jauh sangat.. yang paling seram ktorg nampak lampu moto tau ktorg panggil siap lambaikan torchlight sbb tahu mesti dia akan nampak.. dia depan ktorg dah tapi dia tak nampak ktorg then dia patah balik.. haa korang bayangkan lah dia tak nampak ktorg.. jadi apa maknanya ? Time tu ktorg dah tergaman semua berpikir kenapa dia tak nampak ek sbb mmg dah dekat ktorg.. Tiba-tiba datang seorang makhluk Allah (mcm bangla) ntah dari bucu mana.. dia muncul tu ktorg yg pompoan ni dah pegang antara satu sama lain.. dia dtg tak tanya apa masalah ktorg, terus pergi kat kereta tengok tayar.. pastu ktorg tanya dia jawab sepatah kadang setiap soalan ktorg tak ada jawapan.. Dia ckp ktorg salah jalan.. sepatutnya nak keluar kene buat pusing bulat.. haa lebih kurang mcm tu lah dia ckp.. pelik makin pelik. Tapi dia mmg tak banyak ckp dia diam.. uishhhhh siapa dia ? Husband call sana sini tak putus-putus untuk dorg dpt kesan ktorg.. sekali photog bagitau ada orang akan cari ktorg.. punya lah lama dorg tak dpt kesan ktorg.. nak bagi direction dah berbagai direction.. Masa tu semua diam perasan ni tak tau nak nangis ke nak kuat ke.. tapi yang pelik sorang jee kami tak lepas nak call. Dia call ktorg tak dpt pastu ktorg call dia pun tak dpt jugak.. pengapit lelaki. Bila azan isyak barulah dorang dapat cari ktorg.. Ktorg nampak ada kereta ke arah ktorg masa tu tuhan jee yg tahu perasaan ni.. Ktorg tengok ada lambang rescue pastu nama dia mr.fred (chinesse tapi fasih melayu) dia turun dia tanya “uols buat apa dekat sini ?” Husband jawab “kami photoshot sini” lepas tu mr.fred pun tanya “kenapa tak azan masa kene ?” Husband pun terdiam.. mungkin husband tak dpt nak pikir apa masa tu dan tak terpikir.. Bila mr.fred tu sampai dia pun tolong ktorg tarik kereta sampai keluar.. yg pelik nya tempat ktorg tersangkut tu dekat sangat dgn jalan.. bila dia bawa ktorg keluar tak sampai berapa minit dah nampak jalan yg berlampu tu.. haa pelik gila ktorg punya lah main lampu, tekan hon tapi tak ada siapa yg nampak.. sedangkan ktorg dekat jee dgn jalan.. masa terbenam tu ktorg nampak jalan yg berlampu mmg jauh.. hurmm punya lah dia main sorok-sorokkan.. Alhamdulillah kami selamat keluar dari tempat bunian tu..abg moto ex5 tu berhenti kat ktorg dan rupanya baru ktorg tahu dia pun sebenarnya cari ktorg.. ktorg siap cerita kan yg pasal nampak moto tapi dia patah balik.. abg ex5 tu ckp dia mmg tak nampak pape.. tapi mmg dia lalu situ.. haa lagi pelik ! Pengapit lelaki tu sedara husband.. dia tahu cara perubatan islam. Jadi benda tu sekat untuk ktorg berhubung..rupanya si pengapit ni dah rasa lain mcm masa mula-mula sampai tapi dia diam.. Dan bridesmaids kami masa tu ada yg tengah bendera merah.. jadi mungkin salah satu sebab jugak.. tapi kami bernasib baik semua nya ok. Pukul 11 lebih baru lah kami(pengantin) ni sampai rumah.. bila sampai aku terus masuk bilik nak bersihkan diri.. aku tengah pandang cermin nak buka tudung aku dgr suara orang menangis sayu jee.. sedih betul tapi tak lama sekejap jee. Aku terdiam dan aku buka pintu bilik aku tanya dekat org luar yg tengah berlonggok tu “Siapa menangis tu ?” Pastu dorg pandang aku dan jawab “Mana ada org nangis” Habis siapa yang nangis ? Jadi inilah kisah kami ‘Pengantin disorok’ yang tak dapat kami lupakan.. Mungkin kisah ni tak seram tapi yg mengalami jee tahu apa perasaan time tu.. lebih kurang 2 jam kami disorokkan. Pengalaman yg tak dpt kami lupa setiap saat pun.. Rupanya baru ktorg tahu tempat yg ktorg terkandas tu sebenarnya pulau.. pulau yg dah dikandas.. Ktorg betul2 atas pulau patut lah makhluk Allah tu ckp ktorg salah jalan dan sepatutnya jalan dia bulat.. jadi baru kami paham. Keesokan hari ni mr.fred pergi tengok tempat yg kami terkandas.. korang tau ? Situ tak ada pasir pun.. situ tanah biasa ! Daripada FB Bella Luna LaaPosted by Oomedianetworks on 2hb September 2016
Sumber: penbirudotcomoffcail
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments