Banyak Selfie CheckIn Punca Jenayah Mudah Berlaku Sila Baca
21:13Banyak Selfie, Check-In Punca Jenayah Mudah Berlaku
Zaman kini, jenayah dilihat semakin banyak dan berleluasa. Dan yang menakutkan walaupun di dalam rumah, kita kadangkala rasa tidak selamat sekoran pelbagai jenayah yang berlaku.
Menerusi satu perkongsian di page Malaysia Viral Story, beberapa tips telah diberikan kepada orang ramai untuk mengelakkan kejadian jenayah berlaku.
Antaranya ialah keekrapan upload gambar selfie dan juga check ini di laman facebook.
Jom baca:
KINI VIRAL!! NASIHAT KERAS!!!
Berkenaan kes rompak, rogol & bunuh di Muar, Johor. Saya nak ambil kesempatan untuk kongsikan beberapa tips keselamatan difacebook kepada anda semua, terutamanya wanita. Takde kaitan dengan kes tersebut, cuma saya nak kongsikan:
1. Kurangkan Selfie.
Kita tak tau kalau2 selama ni tiap kali awak post gambar, ada mata yang sentiasa memerhati. Dah lama jatuh cinta dengan awak. Dah lama imagine nak bersama awak. Nak jadikan awak milik dia. Jangan kata mustahil, zaman sekarang ni manusia makin gila.
2. Jangan Check In Rumah Sendiri.
Tolonglah. jangan check in alamat sendiri. No.1 jalan 2, taman tas, kuantan. Bila-bila masa orang boleh datang rumah awak.
3. Jangan Up Status Tinggal Sorang Kat Rumah.
Dah lah check in alamat sendiri, siap bagitau dunia tengah sorang-sorang kat rumah. Boringnya. My habibi out station lagi. Tinggal dengan anak bulus je. Ada yang nak teman? Haaajap lagi ada yang datang betul-betul baru tau erti penyesalan. Kalau yang jenis tak pernah check in alamat sendiri, pun perlu elakkan bgtau awak tengah keseorangan. Sebab apa? Ada je kawan diluar alam maya yg tau rumah awak & tak semuanya baik.
4. Jangan Post No Plat Kereta
Ye tau kereta tu atas nama awak. Hasil titik peluh awak. Kalau nak post gambar, at least tutup no plat. Bahaya. Dari no plat je boleh tau semua personal details kita. Kalau info tu dapat kat orang jahat?
5. Jangan Sibuk Nak Check In Semua Tempat Yang Awak Pergi.
Sampai pejabat check in, tingkat 73 klcc. Lunch check in, kedai mamak belakang klcc. Habis kerja, pergi jogging check in taman klcc. Nak balik rumah check in jem kat akleh sambil selfie nampak muka cantik & lambang kereta mahal kat stereng. Sampai rumah check in, sampai dah my home sweet home no.38-4-7 kondo mewah, jalan orang kaya, kl.
Memang Bahaya!Nak-nak lagi kalau status tu setting public. Satu dunia boleh tengok.
6. Hadkan Apa Yang Perlu Dikongsi Difacebook.
Baru beli gelang emas lip lap lip lap macam mami jarum, tak payah post kat fb. Dapat bonus rm10k seeloknya jangan up kat fb. Jangan terlalu pamerkan kemewahan & kekayaan awak kat fb. Bukan sebab taknak orang kata riak, itu isu lain. Tapi demi keselamatan awak.
7. PASANG CCTV, AUTOGATE..
Yang selalu balik keje sorang sorang tu hati hati.. lagi lagi buka pintu kunci pintu gate sorang sorang, kalau boleh balik jangan malam malam.. jenayah berlaku tak ikut waktu. sarankan pakai sistem autogate n cctv, ada yg murah pun.. sekarang ada cctv canggih yg boleh pantau melalui phone.. suami selalu outstation beringat yaa. Kes ni dah byk berlaku banyak tempat..
8. Kunci Kereta
Bawalah kunci remote kereta anda di tepi katil. Jika anda syak macam ada perompak baru nak masuk, boleh bunyikan alarm kereta..Ia dapat membantu anda mengejutkan jiran-jiran anda jika ditimpa musibah. Tak perlukan alarm yang mahal untuk menakutkan perompak.. alarm kereta adee.
Kita perlu berhati-hati.. sebab banyak kes berlaku sebab over exposed kat FB.
Harap bermanfaat. Sila Share, Semoga kita semua dilindungi dari perkara buruk & kejahatan manusia.
DENGAN LIKE PAGE & SHARE INI, anda dapat selamatkan isteri, adik beradik, sedara mara, jiran tetangga, especially PEREMPUAN, dari jadi mangsa jenayah yang tidak berperikemanusiaan!
Sumber: penhijaudaun
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments