Anak Lelaki Jumpa Ibunya yang dah Tua, "Mak, ini duit UPAH MENGASUH bulan ini" !!

05:14




Saya berbual di halaman ruah seseorang penduduk kampung ketika nak menjemput mereka ke kenduri kahwin anak saya. Tiba-tiba anak lelakinya yang datang lebih awal muncul dari dalam rumah dan menghulur duit kepada emaknya sambil berkata, "Mak, ni duit upah mengasuh bulan ni." Dia berlalu sambil senyum pada saya. Ibunya berkata pada saya, "Depa hantar cucu tiap hari sebelum pi kerja. Sayalah kena mengasuh."


Saya terasa seperti nak menegur waktu itu juga, tetapi rasa tak sesuai. Seorang anak mengupah emak mengasuh anaknya adalah sesuatu yang teruk, tetapi banyak orang yang tidak terasa. Bukankah keadaan in ibarat ibu sendiri menjadi pekerja kepada anak, ibu melahirkan tuannya. Teringat saya satu hadis yang panjang tapi saya petik sebahagian daripada Umar bin al-Khattan r.a ..... Jibrail bertanya kepada Rasulullah..
"Maka khabarkan kepada ku tentang hari qiamat?". Lalu Nabi saw menjawab, "Orang yang di tanya tiada lebih mengetahui daripada orang yang bertanya?. Maka Jibrail lalu berkata, "kalau begitu cuba khabarkan kepada ku tand-tandanya." maka Nabi saw menjawab, "Bahawa perempuan akan melahirkan tuannya... {Riwayat Muslim}

Berapa ramai kini yang menjadikan ibubapa sebagai pekerja yang berselindung di sebalik ibubapa yang suka cucu, ada yang kata susah dapat mengasuh yang di percayai, ada yang kata emak bapa pandai mengasuh, emak bapa tak kerja. Hakikatnya kerana isteri nak kerja, nak tambah pendapatan. Sedangkan tanggungjawab mengasuh, mendidik dan membersarkan anak terletak kepada isteri dan isteri tidak di tuntut untuk berkerja hingga mengabai tanggungjawab kepada anak. Bila di tinggal anak kepada ibu bapa, berlaku dua pengabaian iaitu pengabaian tanggungjawab kepada anak dan pengabaian tanggungjawab kepada ibu bapa yang sepatutnya di rehatkan setelah seumur hidup membela anak hingga berjaya. Jika ibu kita boleh memelihara kita dengan tidak membuat kerja lain, menjadi suri rumah sepenuh masa dan dia berjaya menunaikan tanggungjawabnya, kenapa kita kena berbimbang takut tak cukup hidup jika tidak bekerja.

Bila kes penderaan oleh pengasuh makin meningkat kini dan mewujud kebimbangan untuk meninggalkan anak di rumah pengasuh, jangan ada yang berpatah balik menjadikan ibubapa sebagai pengasuh, tetapi pertimbangkanlah untuk mengorbankan kawatan demi anak. Rezeki di tangan Tuhan, jika niat kita baik demi anak yang di amanahkan, tetaplah kita perolehi apa yang di tentukan Tuhan. Ingatlah, Tuhan memberi kepada kita anak sebgai amanah, dan bukan amanah itu di beri kepada ibu bapa kita atau orang lain. Kita yang akan di taya di hadapan Tuhan, bukan ibubapa atau pengasuh anak kita. Bagaimana akhlak anak kita nanti, kita yang akan menanggungnya.

Rehatkanlah ibu bapa kita. Berilah ruang untuk mereka mempersiapkan diri di penghujung usia, merskipun mereka menawarkan diri kerana sifat kasih sayang mereka. Jika kadih pada ibu, lapangkanlah hidupnya, ringankanlah bebannya.

You Might Also Like

0 comments

Online