Aku Benci dan Tak Suka Tunang Aku Asyik Tengok Kau
00:02(Foto Kanan) Puan Shaqira |
“Saya tak tahu siapa sebenarnya yang gila sekarang. Tiba-tiba dia memarahi saya. Kalau saya yang buat salah tak apa, ini saya langsung tak tahu apa-apa,” demikian luahan seorang pekerja panggung wayang yang diserang oleh seorang wanita yang tidak dikenali.
Difahamkan, Cik Puan Shaqira yang bekerja di Tanjung Golden Village (TGV), menerima mesej kata-kata kesat dari seorang wanita yang tidak dikenali. Wanita itu meluahkan rasa bencinya melihat beliau hanya kerana tunangnya tertarik melihat cara layanan serta senyuman beliau.
“Oi kimK! Akhirnya aku jumpa juga Facebook kau. Coi kau!”
“Aih? Siapa ni? Salah orang ke?” soal Shaqira.
“Aku tak salah orang. Memang kaulah! Kau yang selalu duduk di tempat tiket. Tapi hari ini aku tak nampak kau di situ, sama ada kau duduk di kerusi lain atau balik. Yang penting, aku tak suka kau kerja di situ. Kau rasa famouslah kononnya bila gambar dapat like beratus-ratus. Pui!!
“Aku tak suka tunang aku asyik tengok kau. Bila aku marah, boleh pula dia kata yang dia tengok kau bukan sebab suka tetapi suka tengok senyuman kau. Selamba dia kata begitu tanpa memikirkan hati aku! Nasib baik kau tak jaga tiket hari ini, kalau tidak, aku serang kau! KimK!” kata wanita terbabit.
“Tak, masalahnya sekarang, saya keliru. Apa masalah awak tiba-tiba memarahi saya dan apa kaitan dengan like di Facebook? Tunang? Apa semua ini? Tiba-tiba saja, ada masalah ke?” Shaqira mula keliru.
“Ya! Memang ada masalah! Kau faham tak yang aku tak suka tunang aku memerhatikan kau saja! Walaupun kau bercakap dengan aku, kawan aku perasan yang tunang aku asyik tengok kau! Aku benci tahu tak?!! Jangan kerana banyak like, kau rasa diri kau retis!!” bentak wanita itu lagi.
“Eh, begini sajalah. Saya malas nak bergaduh, lagipun saya tak kenal awak apatah lagi tunang awak. Tentang like, saya tak rasa pun diri saya ini retis atau apa. Mereka yang like, bukannya saya minta. Mulut awak itu, boleh tak jangan kurang ajar sangat? Itu masalah awak dengan tunang awak dan saya tiada kena mengena dalam hal ini. Assalamualaikum,” kata Shaqira yang enggan melayani wanita yang entah siapa gerangannya.
Namun, wanita itu enggan beralah. Dia langsung tidak kisah sama ada Shaqira mengenalinya atau tidak. Dia tetap menyatakan bahawa dia tidak suka melihat Shaqira bekerja di situ.
“Kalau staff yang lain layan kami berdua, tak ada tunang aku tengok mereka macam tu. Tetapi dengan kau, dia macam nampak bidadari. Hanya kerana senyuman kau cantik, terus dia tenung kau, Kau gilalah!
“Aku tahu kau layan pelanggan dengan perfect, tak ada beri wajah hodoh atau apa. Tetapi kalau boleh, masa aku dengan tunang pergi ke sana, aku tak nak kau senyum lagi. Faham tak?!!” wanita itu memberikan amaran.
“Saya tak kenal pun awak. Gambar profile pun guna gambar orang lain. Cubalah guna gambar diri sendiri. Macam mana saya nak kenal awak bila awak datang beli tiket nanti?
“Seperkara lagi, saya tak tahu macam mana nak buat muka bengis di depan pelanggan sebab saya memang sudah terbiasa senyum sahaja dengan orang. Sudahlah!” kata Shaqira.
“Aku tak peduli! Kau carilah kerja lain! Bodoh! Bukan susah pun kan. Alasan kau saja, kau rasa kau cantik!!” balas wanita itu.
Belum berkahwin, sudah tunjuk perangai singa. Kalau sudah kahwin, mungkin perangai naga pula yang ditunjukkan. Tidak salah mempunyai perasaan cemburu, tetapi cemburu membabi buta ini tidak sihat dan boleh menyebabkan lelaki meninggalkan anda di kemudian hari. – The Reporter
Sumber: citeheboh
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments