Singapura Sahkan 41 Kes Zika

06:55




SINGAPURA – Pihak berkuasa Singapura mengesahkan sebanyak 41 kes jangkitan tempatan virus Zika, menurut media pulau itu semalam yang memetik kenyataan kementerian kesihatan.
Angka itu termasuk 36 pekerja warga asing sektor pembinaan yang bekerja di tapak pembinaan di Aljunied, tenggara Singapura, demikian menurut akhbar Straits Times dan stesen televisyen Channel News Asia.
Pada Sabtu lalu, Kementerian Kesihatan Singapura mengesahkan kes pertama jangkitan Zika di negara republik itu.
Virus Zika boleh menyebabkan sindrom mikrosefali atau kecacatan otak pada bayi dalam kandungan.
Kes pertama Zika itu juga dilaporkan di Aljunied.
Pihak berkuasa telah memeriksa sejumlah 124 orang, terutamanya pekerja binaan di kawasan itu setakat ini.
Seramai 78 orang didapati negatif virus Zika, manakala lima lagi sedang menanti keputusan, demikian menurut laporan itu.
Sehingga kini, seramai 34 pesakit telah pulih sepenuhnya. - Reuters


You Might Also Like

0 comments

Online