Komen Uqasha Senrose Terhadap Netizen Isu Berhijab
05:00Tidak senang dengan keputusan pelakon Uqasha Senrose enggan terus hipokrit lalu membuka tudung, segelintir peminat mula mengecam tindakan itu dengan mendakwa beliau kononnya mempersendakan agama.
Rata-rata peminat di laman Facebook rasmi Uqasha menyatakan rasa kesal mereka apabila Uqasha tidak mahu berpura-pura lagi, malah membuka topik tentang ajal dan balasan neraka di akhirat.
Ke kiri orang mengata, ke kanan pun orang mengata, kata satu coretan Uqasha semalam selepas pengakuan beraninya dalam satu laporan Berita Harian.
Uqasha juga mula berkongsi beberapa gambar terbaru beliau bersama adik-beradiknya, para pelakon Nelydia Senrose dan Raysha Rizrose.
Selama tiga tahun lepas, cuma Uqasha sahaja yang bertudung antara mereka bertiga. Namun kini mereka sedondon dengan rambut perang kelihatan gembira, sambil Uqasha menyarung selendang.
Semalam mengakui kini kembali kepada imej asal selepas tiga tahun memakai tudung, Uqasha mengakui bahawa beliau tidak berfikir panjang ketika mula berhijab.
Uqasha, 23, berkata dirinya tidak berniat untuk mempersendakan agama dan merasakan diri lebih munafik, atau hipokrit, jika terus bertudung dan kini mahu jadi diri sendiri.
Namun, para peminat ternyata berang dengan penampilan baharunya, dan berikut merupakan beberapa komen negatif popular yang diterimanya, kebanyakannya daripada pengguna lelaki:
Ahmad Faisal Ahmad Ziad: Hilangnya maruahmu sebagai seorang Islam, maka hilang jugalah peminat-peminatmu krana peminat-peminatmu berkejaran ke syurga bukan ke neraka.
Abu Khidir: Agak-agak dah buka hijab iman tu boleh konsisten tak? Kalau berhijab pun iman turun naik, apatah lagi buka hijab. Mati datang tiba-tiba.
Noor Ahmad Ahmad: Malaikat maut tunggu kita semua setiap masa je dan Munkar Nakir tunggu setiap masa je nak balun jika tak dapat menjawab pertanyaan mereka. Tidak kah anda semua bersedia dan tidak gentar?
Akil Mustafa Madu: Aku betul-betul kesian kat kau. Kenapa lah gelap sangat hati kau ni kan. Sampai sanggup mempermainkan agama.
Namun, ada juga beberapa peminat wanita yang memberi sokongan terhadap Uqasha, sambil mengingatkan orang ramai bahawa memakai tudung pilihan peribadi dan tidak patut dipaksa:
Diah Armanda: Mungkin ini yang terbaik untuk Uqasha jadi bersabar lah. Tak guna kita paksa orang nanti tak ikhlas susah. Biar kan hidup dia kan hal dia lah, kita tak perlu sibuk jaga tepi kain..
Satu Arah: Keputusannya ada di tangan masing-masing, jangan pertikaikan soal hak orang lain sedangkan kita ini bukanlah hebat sangat! Maka itu tolong lah jangan nampak silap atau kesalahan orang lain, kita ini apa kurangnya.
Sumber: beritagempakbeb
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments