Ini Respon Dato Red Apabila Ditanya Bakal Bercerai Dengan Adira

07:03

Ini Respon Dato Red Apabila Ditanya Bakal Bercerai Dengan Adira

dt.jpg

Satu lagi gosip sedang melanda keluarga Dato Red apabila ada pihak mengatakan rumah tangga nya dengan isteri kedua, Adira sedang bergolak.

Gosip ini telah tersebar dan hangat diperkatakan di laman forum popular di Malaysia yang mengatakan Adira akan diceraikan kerana Dato Red ingin berkahwin lai.

Dato Red atau nama sebenarnya Adnan Abu berkata dia tidak akan menceraikan isteri-isterinya semata-mata untuk berkahwin lain.

“Lawak betul, saya sayangkan Adira dan dia pun sedang mengandungkan anak saya, macam mana gosip keluar kami bercerai pula, sibuk betul orang bercakap tentang saya ya.

“Saya tidak akan buang isteri-isteri saya, tapi kalau tambah saya mahulah,”

Sementara itu, mengulas tentang keadaan Adira yang kini sudah memasuki kehamilan dua bulan, katanya, penyanyi popular itu masih mengalami alahan dan muntah-muntah.

“Dia sihat dan sekarang masih muntah-muntah. Saya suruh dia berehat tapi dia degil, sekarang sibuk dengan persiapan untuk persembahan di Festival Filem Malaysia 28 tidak lama lagi,”

Sementara itu, Dato Red kini sedang sibuk mencari nama yang sesuai untuk bayi anak pertama dengan Adira walaupun masih belum mengetahui jantinanya.

datukred.png

Sumber: beritamemey

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

You Might Also Like

0 comments

Online