Lepas Viral Surat Dai Wan Ini RESPONS Terkini Uqasha SenroseMemang Tak Dijangka
02:45Bukan mudah sebenarnya untuk tampil kepada orang ramai dan mengakui sudah membuka hijab, Uqasha Senrose sememangnya menerima kecaman yang cukup hebat dari setiap sudut.
Redha dengan segala yang berlaku apabila membuat keputusan untuk tidak bertudung lagi, Uqasha bagaimanapun menjelaskan beliau tidak pernah ingin mencetuskan kontroversi.
Ini respons terkini Uqasha lepas viral isu beliau tidak lagi bertudung:
Pastinya orang akan terus memberi kecaman, cakap macam-macam dan menjatuhkan hukuman, tetapi saya redha. Tetapi jika ada yang anggap keputusan ini sebagai ruang untuk membuka banyak lagi kontroversi, saya tidak mencari semua itu. Jika boleh saya mahu menamatkan kontroversi termasuk gosip mengatakan saya tak pakai tudung di beberapa tempat.
Uqasha akui ia bukanlah satu perkara yang harus dicontohi tetapi siapa tahu mungkin pada masa hadapan pintu hatinya benar-benar terbuka dengan ikhlas untuk menutup aurat.
Siapa tahu pada masa mendatang atau selepas bekahwin, saya akan menutup aurat dengan sepenuh hati. Benar ianya bukanlah perkara yang elok yang boleh dijadikan contoh. Tetapi saya bukannya hendak jadi manusia yang tiba-tiba membuat perkara tak elok. Tetapi hanya kerana saya bergelar artis, kecaman itu cukup hebat. Ceritanya hanya saya buka tudung.
Sebulan dua mengenakan tudung, saya akui semangat untuk berubah dan memakainya dengan cukup tebal. Namun selama saya pakai tudung, lama kelamaan saya seperti tidak ikhlas. Saya seakan takut dengan apa yang orang akan cakap dan fikir. Keputusan itu biarlah antara saya dan Tuhan.
Sumber: kekitamedianetwork
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments