7 Pasangan Dicekup BERSEDAP DI MALAM MERDEKA

20:30

2bHqHW8

Tujuh pasangan termasuk seorang remaja perempuan 17 tahun ditahan Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dalam Ops Ambang di lima hotel bajet sekitar Masai dan Seri Alam di sini, awal pagi tadi.

Dalam operasi bermula jam 12 tengah malam dan berakhir jam 3.30 pagi itu, turut menahan seorang wanita berusia 22 tahun yang cuba melarikan diri bersama pasangannya, sebelum ditinggalkan lelaki berkenaan.

Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa JAINJ, Mohd Hafiz Abdul Rahman berkata, lapan wanita termasuk remaja terbabit serta tujuh lelaki yang ditahan itu berusia antara 17 hingga 48 tahun.

“Antara 15 yang ditahan dua daripada mereka adalah warga Indonesia.

“Seorang pelajar sekolah turut ditahan bersama pasangannya kerana disyaki berkhalwat selepas ditemui dalam sebuah bilik di sebuah hotel di Seri Alam,” katanya yang ditemui ketika Ops Ambang, awal pagi tadi.

Beliau berkata, semua ditahan mengikut Seksyen 27(1) a & b Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997.

> K1ik jika rasa post ini patut dibuangArtikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Kami tidak bertanggungjawab keatas segala pandangan terhadap artikel ini. Terima kasih

Sumber: superkiram

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

You Might Also Like

0 comments

Online