Angkara Isu Viral Dengan Dato Kazim Elias Wardina tekad Tinggalkan Malaysia

05:00

.Untitled-3.png Sebelum ini, pengacara dan pelakon Wardina Safiyyah telah mengambil keputusan untuk berhenti berinteraksi dengan khalayak ramai di laman sosial dan kini beliau mengambil satu langkah lebih jauh meninggalkan komuniti di Malaysia.

Bercakap kepada media ketika ditemui semalam, beliau kini sedang menunggu surat tawaran rasmi dari dua buah universiti di Australia bagi beliau melanjutkan pengajian dalam jurusan Ijazah Psikologi & jika tiada aral melintang beliau akan berpindah ke sana Jun ini.

Saya akan berpindah ke Brisbane, Australia. Dari dulu lagi saya memang teringin belajar di luar negara. Saya hendak menimba pengalaman baru di tempat baru. Cuma masa inilah baru ada kesempatan. Sekarang ni saya sedang tunggu surat tawaran. InsyaAllah saya akan menyambut pengajian Ijazah untuk tahun ketiga dan selepas ini sebolehnya saya nak lanjutkan pelajaran ke peringkat paling tinggi lagi

Saya akan berpindah bersama anak-anak sementara suami saya akan tinggal di sini dulu buat sementara waktu. Saja saya nak releks dari aktiviti-aktiviti saya di sini dan tumpukan perhatian pada pelajaran. Anak-anak saya teruja nak ikut saya berpindah ke sana kerana mereka akan tinggal dekat dengan datuk mereka nanti, kata Wardina Safiyyah.

Beliau yang baru sahaja dilantik sebagai duta baru jenama tilam Goodnite turut berkata yang fokus hidupnya kini hanya pada pengajian serta aktiviti amal ataupun program ceramah selain berhasrat membuka pusat kaunseling satu hari nanti

Sumber: beritagempakbeb

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

You Might Also Like

0 comments

Online