BERHATI HATILAH WAHAI RAKYAT MALAYSIA Zika makin merebak di Singapura CARA CARA NAK MENGELAK ATAU MENGESAN SAMADA ANDA MENGIDAP ZIKA IALAH

22:58

du_02.1.jpg

SINGAPURA Bilangan kes Zika di Singapura meningkat kepada 82 orang kelmarin, manakala Amerika Syarikat (AS) menyertai senarai negara yang mengeluarkan amaran kepada wanita hamil supaya tidak berkunjung ke pulau itu.

Virus Zika bawaan nyamuk Aedes mencetuskan letusan wabak di Benua Amerika dan rantau Caribbean sejak hujung 2015. Virus Zika menyebabkan bayi yang dilahirkan mengalami kecacatan otak dan mempunyai kepala kecil. Sindrom itu dikenali sebagai mikrosefali.

Kelmarin, AS mengeluarkan amaran kepada wanita mengandung supaya tidak melawat Singapura selepas Australia, Taiwan dan Korea Selatan berbuat demikian.

Amaran itu susulan laporan bahawa virus Zika merebak di luar lokasi jangkitan asalnya. Kementerian Kesihatan dan Agensi Alam Sekitar Kebangsaan Singapura dalam satu kenyataan bersama turut mengesahkan sekurang-kurangnya 26 kes baharu Zika di kawasan Aljunied, tenggara pulau itu .

Terdahulu, pemerintah Singapura menasihati wanita hamil supaya menjalani pemeriksaan secara percuma sekiranya terdapat simptom Zika atau pasangan mereka positif virus itu.

Mereka wajar mengambil ujian ini tanpa mengira sama ada pernah berkunjung ke kawasan terjejas Zika atau tidak, kata beberapa pegawai kesihatan dalam satu kenyataan.

Wabak dan amaran Zika itu berlaku ketika industri pelancongan di Singapura yang merupakan antara hab perniagaan paling sibuk di dunia berdepan pertumbuhan ekonomi global yang lembab.

Lebih 55 juta orang menggunakan Lapangan Terbang Antarabangsa Changi di Singapura pada setiap tahun.

Kes pertama jangkitan tempatan Zika di Singapura dilaporkan pada hujung minggu lalu dan bilangan jangkitan terus meningkat.

Sementara itu, Malaysia dan Indonesia meningkatkan langkah perlindungan dengan meletakkan alat pengimbas suhu badan di lapangan terbang dan pintu masuk lain.

Virus Zika pertama kali ditemui di Hutan Zika, Uganda pada 1947.


Sumber: ternyataviral

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

You Might Also Like

0 comments

Online