Nabila huda nafikan rumah tangga kini goyah
20:51Entah dari mana datangnya khabar angin yang mendakwa rumah tangga Nabila Huda kini goyah. Tidak mengambil pusing perkara tersebut, pelakon yang dilihat bahagia bersama suami dan anak tercinta, menafikan perkara tersebut.
BACA: Nabila Huda Mahu Bulan Madu Di Amerika Selatan Sebulan
Tak mahu komenlah. Merepek sangat gosip itu. Siapalah yang buat cerita macam itu? Suami saya pun tergelak ketika membaca artikel berkenaan, jelasnya kepada BH Online baru-baru ini.
Malah jika dilihat di laman sosial pelakon wanita berkenaan juga tidak menunjukkan sebarang bayangan bahawa rumah tangga mereka kini dilanda badai. Adalah satu tindakan yang bagus bagi Nabila kerana tidak ambil pusing perkara sebegini.
Nabila Huda dan suaminya mendirikan rumah tangga pada 25 Disember tahun lalu. Malah telatah keluarga ini di laman Instagram seringkali mencuit hati peminat mereka. Semoga keluarga ini akan terus kekal bahagia hingga Jannah. (rtky/s)
SUMBER
bh online
Sumber: Rotikaya
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments