jangan perasan bagus balik cermin diri dulu
20:51Masih belum reda kemarahan orang ramai terhadap keputusan Uqasha Senrose yang membuka hijab, beliau berterusan menerima kecaman dan cacian. Namun tidak tahan dengan perkara tersebut, adiknya, Raysha Rizrose tampil mempertahankan kakak sulungnya dengan menyatakan bahawa orang ramai sepatutnya cermin diri duhulu sebelum mengata orang lain.
BACA: Peminat Dakwa Uqasha Senrose Permainkan Agama
Komen itu ditulis oleh Raysha berikutan gambar yang dimuat naik bersama dua lagi kakaknya, Nelydia Senrose dan Uqasha Senrose yang memakai selendang dan menampakkan sedikit rambut menerima kritikan hebat. Bukan setakat itu, Raysha juga kesal dengan sikap orang ramai yang terlalu sibuk mencari salah orang lain dan merasakan diri mereka terlalu sempurna.
Dalam pada itu, terlihat juga Elfira Loy di ruangan komen yang turut sama mempertahankan keputusan Uqasha tempoh hari. Pada komen itu, Elfira menasihati orang ramai supaya tidak terus mengutuk tindakan Uqasha tetapi lebih kepada memberi bimbingan dan tunjukkan kebaikan seorang wanita yang bertudung supaya beliau terbuka hati untuk bertudung kembali.
Terdahulu, Uqasha menerusi Berita Harian Online membuat pengakuan ekslusif untuk tidak lagi bertudung dan seterusnya kembali kepada imejnya yang asal. Katanya, selama tiga tahun memakai hijab, imannya tidak begitu kuat dan hanya turun naik. Jadi untuk tidak hipokrit, beliau mengambil keputusan untuk membuka tudung dan terbuka mengenainya. (rkty/w)
Sumber: Rotikaya
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments