Curi ribuan ringgit pembantu rumah zizie ezette ditahan

00:45

7-Curi-Ribuan-Ringgit-Pembantu-Rumah-Ziz

Gara-gara gembira dengan hasil curian, pembantu rumah Zizie Ezette ditahan pihak polis selepas beliau memuat naik gambar mata wang asing di laman Facebook. Pembantu rumah warga Indonesia itu didapati telah membawa lari wang berjumlah ribuan ringgit milik pasangan itu sebelum ditahan oleh pihak polis di kediaman Zizie, Taman Seri Ukay semalam.

BACA: Naila Nurjannah Seri Rumah Tangga Zizie Ezette, Suami

Suspek telah mengaku mencuri wang milik majikannya dan kini pihak polis sedang menjalankan siasatan lanjut mengenai kes ini berikutan penemuan resit pertukaran wang asing yang dipercayai transaksi suspek mengirimkan wang kepada keluarganya di Indonesia, kata ketua polis Ampang Jaya ACP Hamzah Alias kepada Projek MMO berhubung dengan kejadian itu.

Dalam siasatan lanjut, pihak polis telah menjumpai pelbagai mata wang asing dalam nilai dolar, riyal, peso serta rupiah berjumlah RM5,155. Malah sebahagian wang asing itu juga dipercayai telah siap ditukar. Sementara itu, Zizie memberitahu, beliau hanya menyedari kejadian itu apabila diberitahu oleh pembantu peribadinya yang melihat gambar itu pada 9 Ogos lalu.

Terdahulu, Zizie yang telah mendirikan rumah tangga bersama wakil rakyat UMNO, Datuk Bung Moktar Radin telah membuat keputusan untuk mengambil anak angkat bernama, Naila Nurjannah. Malah Zizie juga mula memakai hijab sejurus selepas pulang dari mengerjakan umrah bersama suami. Rata-rata peminat juga gembira dengan penghijrahan tersebut. (rkty/w)

Forum-Ads-PHL.jpg



SUMBER
Projek MMO

Sumber: Rotikaya

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

You Might Also Like

0 comments

Online