Kebodohan yang sukar surat terbuka untuk along cham bekas isteri dan drama tv3 kebodohan apakah ini
Menarik 22:58
KEBODOHAN YANG SUKAR
Bila tengok kes Along Cham yang bercerai dengan isteri dia dek kerana bini dia di tangkap khalwat dengan lelaki lain. Aku harap ramai lelaki perlu buka mata untuk lebih faham apa yang melanda di Malaysia. Masalah besar yang sedang melanda di Malaysia yang perempuan nampak itu biasa-biasa, tetapi ramai lelaki sebelum ini sudah tahu.. semua ini hanya kebodohan yang tidak terkalahkan dan kedangkalan mutlak sehingga mampu memberi gegaran berskala 700 skala rikter.
Apa kebodohan ini?
Tidak habis menonton drama TV 3 sehingga terbawa-bawa pembawakan di dalam drama tersebut ke kehidupan. Tak habis terbayang lelaki romantik nak mampos yang duit dalam poket ada dua puluh juta, kereta besar macam bas. Dan macam-macam lagi adegan celaka yang membawa kepada derhaka. Paling sakit hati bila habis je tengok drama Suamiku Encik Saipul, mula sengih sorang-sorang terbayang tengah pakai crown. Ini semua petanda lelaki sedang didekati oleh malapetaka. Lelaki di ambang krisis terbesar di alam rumah tangga.
Terpengaruh dengan quotes-quotes bodoh yang di tulis oleh penulis-penulis yang tak pernah kena tapak di muka tentang perempuan. Contohnya, lelaki perlu tahu apa yang perempuan mahu? Kenapa perempuan mula untuk curang? Apa tanda-tanda perempuan sedang tiada mood? Lelaki perlu kaya untuk menjamin masa depan bahagia? Lelaki perlu bahlol demi kekuasaan wanita dan apa-apa je lah lagi yang buat perempuan rasa dunia ni syurga. Apa salahnya hati kau yang benak tu kau bukakan untuk feel pula apa keinginan suami yang kau tak pernah tertunaikan? Kau tahu tak suami tu jalan kau ke syurga? Kau tahu tak apa tugas isteri? Kau tahu tak? Ke kau hanya tahu yang kononnya kahwin ni lelaki sekadar mahu berjimak? Tepu ! Tugas isteri ialah melayan kehendak suami tu antaranya, bukannya asik gunakan skrip agama kononnya kemas rumah, basuh pinggan, jaga anak tu semua tugas suami.
Hilang malu memuji-muji artis itu hensem, artis ini hensem. Tergedik-gedik macam takde suami.. dok gila dengan artis lelaki korea. Terpengaruh kononnya artis korea ini lebih romantik bagai. Dia lupa Nabi kita dulu ada janggut. Bagi aku senang, perempuan yang dah hilang malu duduk share memuji-muji lelaki lain hensem di public padahal dia sudah berkahwin, kau tinggalkan je lah. Semak! Ini semua hanya memalukan kau lelaki kerana di lihat dayus dan hodoh. Padahal Nora Danish yang lagi kebabom pun kau tak pernah puji depan dia sebab depan dia kau terpaksa hipokrit mengaku dia paling cantik dalam dunia. Atleast tak sakitkan hati. Kan? Itu lebih baik. Sebab takkan kau nak cakap muka dia macam labu masam? Walaupun apa kau cakap tu memang betul? Kah kah.. Artis korea tu satu habuk pun takde jasa dengan dia, apatah lagi bantu si suami untuk halalkan kau. Kiranya kau ni memang takde perasaan. Kau tak tau azab kumpul duit nak halalkan kau tu. Nak azan kan dekat telinga karang takut badan dia berasap. Apa-apa je lah.
Kau tau tak hantaran yang tinggi hingga bebankan suami walaupun suami kata setuju tu nanti kau kena jawab dekat akhirat kelak? Haa, memang. Kau takkan tahu pun. Sebab yang kau tahu satu je.. Engkau perlu difahami, perlu di manjakan, hati kau perlu dijaga sama macam pasangan lain dapat. Dasar sellfish, fishball dan nugget ayam.
Terpengaruh dengan kata-kata kawan perempuan tentang kekayaan pasangan masing-masing, tentang masalah lelaki itu, masalah lelaki ini. Si suami dia cakap pulak satu habuk pun dia tak percaya. Sebab apa? Suami konon tak romantik, suami miskin. Ni semua spesis perempuan kepala bapak dia ni. Lepas tu share dekat FB tentang kejayaan lelaki lain, tentang kereta-kereta lelaki lain yang besar, lelaki lain yang belikan bas dekat isteri, dia lupa suami dia ada hati, ada perasaan. Kau kena tahu, lelaki sangat jarang bercerita keburukn psangan kawan dia dekat kawan dia tu. Paling tidak pun kerana sayangkan kawan, dia cuma nasihatkan untuk buat itu buat ini yang boleh menyatukan kembali. Hebat tak lelaki?
Dan macam-macam lagi. Ini semua barah teknologi yang kian menggila yang tengah merebak ke jiwa perempuan-perempuan tetapi takde seko pun yang mengaku.
Sudah lah hantaran makin mahal nak mampos, dengan perempuan sekarang ni yang hanya pakar share resepi di FB berbanding memasak. Yang hari-hari ambil gambar menyenget sampai nampak bentuk buah ciku tu lepas tu upload dekat fb bagi semua jantan terjelir lidah. Ciku okey lagi, ni yang buah anggur pun kemaruk.Kau perempuan makin lama makin penting diri. Kau fikir apa yang kau nak 24jam, tanpa sikit pun kau tengok apa yang lelaki mahukan..
Sebab tu kau boleh tengok bila lelaki mula kaya lepas kahwin tu apa jadi dengan dia. Selalunya yang bila mula kaya lepas tu jadi makin sayang dengan kau ni mungkin sebab dia feel kau punya setia, kau punya sama-sama susah dengan dia waktu dia susah dahulu. Kau punya taat, kau punya supportive dekat dia. Kau ingat lelaki tak pedendam? Time kaya lah kau akan rasa balik apa yang kau dah buat dekat dia selama ni.. yang kau hinakan dia, yang kau dok puji jantan lain 24jam, yang kau tekan dia takde tolak ansur langsung tu bagai. Dan yang kau tak habis ugut nak bercerai semua tu..
So untuk korang perempuan, nak bodoh jangan sampai libatkan hati. Sebab takut kebodohan kau nanti makan diri lepas tu baru kau acah-acah nak post video orang mengaji hari-hari kononnya baru tersedar dari lamunan yang terhenti. Kau wajib tahu, lelaki bila mula ada anak, cintanya pada keluarga tu dah bertambah beberapa percent. Dan kau pula dah boleh berhenti dengan kebodohan total tu. Kerana risau bila kau dah mula berubah ke baik, tapi waktu itu suami kau dah mula jelek. Haa, masa tu lah nanti kau akan cakap kononnya kau dah buat yang terbaik tapi suami kau tetap perangai macam setan. Kau terlupa tengok kesetanan kau sepanjang beberapa tahun sebelum ini sedangkan suami kau sebelum ini sangat sabar dan setia.
Selamat Pagi. Alahai, keras pulak status aku ni. Apapun, masih bersepah lagi lah perempuan yang baik, yang masih banyak rasa malu. Yang tak sellfish. Kan perempuan kan? Yang aku cerita ni pun kisah perempuan di Israel. Bukan Malaysia. Korang jangan sentap pulak, kalau kau bukan jenis macam ni tak payah nak menyentap lebih. No point.
Gua yang menulis,
Amir Danau yang sayang pasangan.
Aku tulis takde kena mengena dengan pengalaman aku. Kalau pengalaman, aku takkan tulis. Lebih baik aku conteng, sebab hanya dengan menconteng je dapat gambarkan pengalaman aku. Kah kah.
Sumber:silveriandance
SUKAKAN ARTIKEL INI? SHARE!!
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Sumber: citeheboh
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
Surat Terbuka Kisah Along Cham, Bekas Isteri & Drama TV, Kebodohan Apakah Ini ?
Satu surat terbuka ditulis oleh seorang lelaki di laman sosial Facebook. Pengguna FB itu menggunakan nama Amir Hamzah Abdul Hamid.
Tulisannya ini memang padu dan mendapat perhatian orang ramai yang rata-rata bersetuju dengan pendapatnya itu.
Sehingga kini perkongsiannya ini mendapat lebih daripada 5 ribu share di laman Facebook. Memang viral habis.
Antara isikandungan perkongsian ini adalah pengaruh drama TV ke atas wanita dan para isteri yang terbuai-buai dengan fantasi sehingga terbawa ke alam realiti.
Ini surat terbka buat Along Cham, bekas isteri dan drama TV:
KEBODOHAN YANG SUKAR
Bila tengok kes Along Cham yang bercerai dengan isteri dia dek kerana bini dia di tangkap khalwat dengan lelaki lain. Aku harap ramai lelaki perlu buka mata untuk lebih faham apa yang melanda di Malaysia. Masalah besar yang sedang melanda di Malaysia yang perempuan nampak itu biasa-biasa, tetapi ramai lelaki sebelum ini sudah tahu.. semua ini hanya kebodohan yang tidak terkalahkan dan kedangkalan mutlak sehingga mampu memberi gegaran berskala 700 skala rikter.
Apa kebodohan ini?
Tidak habis menonton drama TV 3 sehingga terbawa-bawa pembawakan di dalam drama tersebut ke kehidupan. Tak habis terbayang lelaki romantik nak mampos yang duit dalam poket ada dua puluh juta, kereta besar macam bas. Dan macam-macam lagi adegan celaka yang membawa kepada derhaka. Paling sakit hati bila habis je tengok drama Suamiku Encik Saipul, mula sengih sorang-sorang terbayang tengah pakai crown. Ini semua petanda lelaki sedang didekati oleh malapetaka. Lelaki di ambang krisis terbesar di alam rumah tangga.
Terpengaruh dengan quotes-quotes bodoh yang di tulis oleh penulis-penulis yang tak pernah kena tapak di muka tentang perempuan. Contohnya, lelaki perlu tahu apa yang perempuan mahu? Kenapa perempuan mula untuk curang? Apa tanda-tanda perempuan sedang tiada mood? Lelaki perlu kaya untuk menjamin masa depan bahagia? Lelaki perlu bahlol demi kekuasaan wanita dan apa-apa je lah lagi yang buat perempuan rasa dunia ni syurga. Apa salahnya hati kau yang benak tu kau bukakan untuk feel pula apa keinginan suami yang kau tak pernah tertunaikan? Kau tahu tak suami tu jalan kau ke syurga? Kau tahu tak apa tugas isteri? Kau tahu tak? Ke kau hanya tahu yang kononnya kahwin ni lelaki sekadar mahu berjimak? Tepu ! Tugas isteri ialah melayan kehendak suami tu antaranya, bukannya asik gunakan skrip agama kononnya kemas rumah, basuh pinggan, jaga anak tu semua tugas suami.
Hilang malu memuji-muji artis itu hensem, artis ini hensem. Tergedik-gedik macam takde suami.. dok gila dengan artis lelaki korea. Terpengaruh kononnya artis korea ini lebih romantik bagai. Dia lupa Nabi kita dulu ada janggut. Bagi aku senang, perempuan yang dah hilang malu duduk share memuji-muji lelaki lain hensem di public padahal dia sudah berkahwin, kau tinggalkan je lah. Semak! Ini semua hanya memalukan kau lelaki kerana di lihat dayus dan hodoh. Padahal Nora Danish yang lagi kebabom pun kau tak pernah puji depan dia sebab depan dia kau terpaksa hipokrit mengaku dia paling cantik dalam dunia. Atleast tak sakitkan hati. Kan? Itu lebih baik. Sebab takkan kau nak cakap muka dia macam labu masam? Walaupun apa kau cakap tu memang betul? Kah kah.. Artis korea tu satu habuk pun takde jasa dengan dia, apatah lagi bantu si suami untuk halalkan kau. Kiranya kau ni memang takde perasaan. Kau tak tau azab kumpul duit nak halalkan kau tu. Nak azan kan dekat telinga karang takut badan dia berasap. Apa-apa je lah.
Kau tau tak hantaran yang tinggi hingga bebankan suami walaupun suami kata setuju tu nanti kau kena jawab dekat akhirat kelak? Haa, memang. Kau takkan tahu pun. Sebab yang kau tahu satu je.. Engkau perlu difahami, perlu di manjakan, hati kau perlu dijaga sama macam pasangan lain dapat. Dasar sellfish, fishball dan nugget ayam.
Terpengaruh dengan kata-kata kawan perempuan tentang kekayaan pasangan masing-masing, tentang masalah lelaki itu, masalah lelaki ini. Si suami dia cakap pulak satu habuk pun dia tak percaya. Sebab apa? Suami konon tak romantik, suami miskin. Ni semua spesis perempuan kepala bapak dia ni. Lepas tu share dekat FB tentang kejayaan lelaki lain, tentang kereta-kereta lelaki lain yang besar, lelaki lain yang belikan bas dekat isteri, dia lupa suami dia ada hati, ada perasaan. Kau kena tahu, lelaki sangat jarang bercerita keburukn psangan kawan dia dekat kawan dia tu. Paling tidak pun kerana sayangkan kawan, dia cuma nasihatkan untuk buat itu buat ini yang boleh menyatukan kembali. Hebat tak lelaki?
Dan macam-macam lagi. Ini semua barah teknologi yang kian menggila yang tengah merebak ke jiwa perempuan-perempuan tetapi takde seko pun yang mengaku.
Sudah lah hantaran makin mahal nak mampos, dengan perempuan sekarang ni yang hanya pakar share resepi di FB berbanding memasak. Yang hari-hari ambil gambar menyenget sampai nampak bentuk buah ciku tu lepas tu upload dekat fb bagi semua jantan terjelir lidah. Ciku okey lagi, ni yang buah anggur pun kemaruk.Kau perempuan makin lama makin penting diri. Kau fikir apa yang kau nak 24jam, tanpa sikit pun kau tengok apa yang lelaki mahukan..
Sebab tu kau boleh tengok bila lelaki mula kaya lepas kahwin tu apa jadi dengan dia. Selalunya yang bila mula kaya lepas tu jadi makin sayang dengan kau ni mungkin sebab dia feel kau punya setia, kau punya sama-sama susah dengan dia waktu dia susah dahulu. Kau punya taat, kau punya supportive dekat dia. Kau ingat lelaki tak pedendam? Time kaya lah kau akan rasa balik apa yang kau dah buat dekat dia selama ni.. yang kau hinakan dia, yang kau dok puji jantan lain 24jam, yang kau tekan dia takde tolak ansur langsung tu bagai. Dan yang kau tak habis ugut nak bercerai semua tu..
So untuk korang perempuan, nak bodoh jangan sampai libatkan hati. Sebab takut kebodohan kau nanti makan diri lepas tu baru kau acah-acah nak post video orang mengaji hari-hari kononnya baru tersedar dari lamunan yang terhenti. Kau wajib tahu, lelaki bila mula ada anak, cintanya pada keluarga tu dah bertambah beberapa percent. Dan kau pula dah boleh berhenti dengan kebodohan total tu. Kerana risau bila kau dah mula berubah ke baik, tapi waktu itu suami kau dah mula jelek. Haa, masa tu lah nanti kau akan cakap kononnya kau dah buat yang terbaik tapi suami kau tetap perangai macam setan. Kau terlupa tengok kesetanan kau sepanjang beberapa tahun sebelum ini sedangkan suami kau sebelum ini sangat sabar dan setia.
Selamat Pagi. Alahai, keras pulak status aku ni. Apapun, masih bersepah lagi lah perempuan yang baik, yang masih banyak rasa malu. Yang tak sellfish. Kan perempuan kan? Yang aku cerita ni pun kisah perempuan di Israel. Bukan Malaysia. Korang jangan sentap pulak, kalau kau bukan jenis macam ni tak payah nak menyentap lebih. No point.
Gua yang menulis,
Amir Danau yang sayang pasangan.
Aku tulis takde kena mengena dengan pengalaman aku. Kalau pengalaman, aku takkan tulis. Lebih baik aku conteng, sebab hanya dengan menconteng je dapat gambarkan pengalaman aku. Kah kah.
Kredit :
Amir Hamzah Abdul Hamid
Memang padu setepek kena batang hidung. Haha.
Sumber: beritamemey
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
BERHATI HATILAH WAHAI RAKYAT MALAYSIA Zika makin merebak di Singapura CARA CARA NAK MENGELAK ATAU MENGESAN SAMADA ANDA MENGIDAP ZIKA IALAH
Menarik 22:58SINGAPURA Bilangan kes Zika di Singapura meningkat kepada 82 orang kelmarin, manakala Amerika Syarikat (AS) menyertai senarai negara yang mengeluarkan amaran kepada wanita hamil supaya tidak berkunjung ke pulau itu.
Virus Zika bawaan nyamuk Aedes mencetuskan letusan wabak di Benua Amerika dan rantau Caribbean sejak hujung 2015. Virus Zika menyebabkan bayi yang dilahirkan mengalami kecacatan otak dan mempunyai kepala kecil. Sindrom itu dikenali sebagai mikrosefali.
Kelmarin, AS mengeluarkan amaran kepada wanita mengandung supaya tidak melawat Singapura selepas Australia, Taiwan dan Korea Selatan berbuat demikian.
Amaran itu susulan laporan bahawa virus Zika merebak di luar lokasi jangkitan asalnya. Kementerian Kesihatan dan Agensi Alam Sekitar Kebangsaan Singapura dalam satu kenyataan bersama turut mengesahkan sekurang-kurangnya 26 kes baharu Zika di kawasan Aljunied, tenggara pulau itu .
Terdahulu, pemerintah Singapura menasihati wanita hamil supaya menjalani pemeriksaan secara percuma sekiranya terdapat simptom Zika atau pasangan mereka positif virus itu.
Mereka wajar mengambil ujian ini tanpa mengira sama ada pernah berkunjung ke kawasan terjejas Zika atau tidak, kata beberapa pegawai kesihatan dalam satu kenyataan.
Wabak dan amaran Zika itu berlaku ketika industri pelancongan di Singapura yang merupakan antara hab perniagaan paling sibuk di dunia berdepan pertumbuhan ekonomi global yang lembab.
Lebih 55 juta orang menggunakan Lapangan Terbang Antarabangsa Changi di Singapura pada setiap tahun.
Kes pertama jangkitan tempatan Zika di Singapura dilaporkan pada hujung minggu lalu dan bilangan jangkitan terus meningkat.
Sementara itu, Malaysia dan Indonesia meningkatkan langkah perlindungan dengan meletakkan alat pengimbas suhu badan di lapangan terbang dan pintu masuk lain.
Virus Zika pertama kali ditemui di Hutan Zika, Uganda pada 1947.
Sumber: ternyataviral
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
kekasihku ustaz Ini sekadar perkongsian hati & juga peringatan buat semua gadis.. 2 tahun yang lepas, aku berkenalan dengan seorang lelaki..dia berkhidmat dengan badan beruniform dalam msa yg sama dia seorang ustaz..kacak..aku sangka dia beriman..penuh ilmu di dada..aku hormat..saat bertemu buat pertama kali, aku buka pintu hati aku seluas-luas alam ini buat dia..
alhamdulillah..doa aku untuk kenal dengan lelaki baik utk dijadikan teman hidup telah termakbul..masa tu dunia aku rasa bagaikan syurga..sebuah proses perkenalan yang singkat..membawa kami kepada perbincangan untuk menikah..kebetulan masa tu aku semester akhir diploma..mak abah setuju..siapa tak nak menantukan seorang ustaz..betul tak?
baik..ceritanya begini..masa hangat isu nak kahwin tu, kakak aku call..beza umur kakak dengan aku 10 tahun..dia cakap hentikan semua..aku masih muda..kenapa perlu kahwin katanya..lg satu kakak aku cakap sekalipun nak kahwin, kahwinlah dengan lelaki lain..aku geram, aku sedih..aku jd bengang dengan kakak aku..kau dah kenapa nak sekat kebahagiaan aku? aku dendam dengan kakak aku..tapi takpe..dunia aku masih indah bersama dia..semua rancangan kami dah atur..
sebaik saja tamat diploma, aku balik kampung..jalani hidup macam biasa..cuma aku dengan dia dah jarang berhubung..tak sama macam aku study dulu..siang malam ada khabar berita, ada saja cerita nak dikongsi bersama..kali ni semua berubah..hari ni aku SMS dia panjang berjela, esok lusa baru dia nak balas..itupun sepatah saja..aku syak ni semua kerja kakak aku..bertambah la dendam aku dekat kakak..huh..
nak dijadikan cerita, 8 bulan selepas tamat diploma, kakak aku koma seminggu..then kakak aku kembali menghadap ilahi atas sebab kematian otak..seriously benda ni berlaku secara mengejut..seminggu kakak aku koma, seminggu tu lah aku duk update dekat ustaz tu..dia balas nak tak nak..ada kadang-kadang langsung tak balas..takpe..
kakak aku selamat dikebumikan siang tu..kuasa Allah..malam tu jugak aku dapat tahu ustaz tu sebenarnya bercinta dengan orang lain..semua terungkai lepas kakak aku tak ada..tahu tak apa aku rasa masa tu? aku rasa nak panggil kakak, nak peluk minta ampun & maaf..aku marah dia, aku dendam dengan dia gara-gara seorang lelaki..sampai akhir hayat kakak aku..aku tak tahu kakak aku maafkan aku ke tidak..
aku jadi penyiasat sekejap lepas semua terbongkar..aku cuba cari perempuan tu..aku tanya semua..sampai aku dah dapat semua jawapan, aku blah..dan dia memang macam tak ada perasaan terkejut atau rasa bersalah..ye betul ni soal jodoh..tak ada jodoh aku dengan dia..kahwinlah korang..silakan..
kakak aku yang kedua ada cakap..kakak aku yang meninggal tu ada firasat..let say dia rasa benda tu tak elok, memang tak elok la..kalau dia rasa akan ada benda tak baik berlaku, emmm tak lama lepas tu memang berlaku betul-betul..cuma aku yang tak sedar kenapa dia beria sangat tak bagi aku kahwin dengan ustaz tu..sanggup dia call aku hampir setiap hari..pujuk aku suruh putuskan hubungan tu & cari lelaki lain..
dan sekarang aku tahu ustaz tu tengah rancak persiapkan majlis perkahwinan dia..sementera aku sibuk sambung degree..even dah 2 tahun berlalu kisah aku dan dia, kakak pun dah tak ada..semuanya aku simpan dalam ingatan ni..buat semua gadis yang membaca andai post ini disiarkan, jagalah hati kamu..dan jangan sesekali membentak andai ada ahli keluarga yang menasihati..
hilang kekasih bisa dicari ganti..tetapi andai hilang keluarga..?? renung-renungkan..untuk kakak, maafkanlah adikmu ini..sesungguhnya aku jahil dalam mengenal erti cinta..moga syurga buatmu kakak..untuk ustaz dengan pasangan, selamat menjalani alam bahtera rumah tangga..moga mendapat keberkatan & kebahagiaan. -Nur Iman via OHBULAN.
Sumber: beliabaru
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
|Uttar Pradesh- Pelik melihat kesan lebam di beberapa bahagian tubuh anak, seorang lelaki bertindak memasang kamera video litar tertutup (cctv) di dalam biliknya di Bareilly,Uttar Pradesh, India.
Deepak Chaturvedi terkejut apabila melihat isterinya,Poonam memukul anak mereka yang berusia satu tahun tanpa belas kasihan.
Sumber: beliabaru
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
Kisah benar mengenai ujian yang menimpa hidup aku, Kebiasaannya kita selalu mendengar ayat hikmah yang berbunyi Allah tidak akan menguji hambanya, mengikut kemampuan hambanya.
Pada tahun 2013 aku menamatkan pengajian di sebuah universiti tempatan, sebaik 5 bulan tamat kursus kerjaya aku diterima bekerja di sebuah syarikat jepun. Kisahnya bermula pada hujung akhir tahun 2013 sahabat lama aku secara tiba-tiba menghubungi aku , Biasalah kawan lama hubungi aku untuk bertanya khabar, pada mulanya aku tidak berperasangka buruk pun pada dia walaupun kami bukan kawan rapat masa zaman universiti dulu. Apabila ditanya mengenai kerjaya dia, kawan aku tu kata dia dah berjaya buka sebuah spa kecantikan hasil usahanya sendiri di KLCC , siap pelawa aku lagi join kursus keusahawanan dia, dia pun bangga sebab tak perlu hidup makan gaji lagi lepas universiti. Dia ajak aku join ke program tersebut tapi aku tak nak sebab masa tu aku sangat sibuk dengan presentation kerja.
Dari hujung tahun 2013 hinggalah ke tahun 2014 aku masih lagi bekerja di syarikat yang sama , baru sahaja genap 8 bulan bekerja kawan aku tadi tiba-tiba contact semula aku, Kali ni betul-betul ajak jumpa dan dia siap tanya bila hari yang aku cuti? sebab dia nak jumpa, pendekkan cerita dia datang kerumah aku pelawa aku ke spa dia dan tunjuk dekat aku bisnes yang dia tengah buat sekarang, Mula2 kata nak bawak pergi spa lepas tu aku dibwa pergi ke dalam sebuah tempat, tempat tu ramai orang pakai baju yang smart semua macam sibuk buat sesi sharing prospek. Masa tu hati tak terlintas pun nak cakap benda tu bisnes MLM, sebab kawan aku kata itu semua partner dia yang buka spa secara franchise, aku pun percaya bulat bulat kata dia, dia bawak aku tour dalam tempat tu dari start bertemu dengan orang baru sampailah kepada produk2. Aku cuma ikut je dia tak banyak cakap, lepas tu depan kawan2 dia ajak terus letak satu borang ahli surat aku isi yuran ahli dalam RM80 aku masa tu dah terkebil2 masa tu dalam purse tak bawak duit, dia cakap tak apa isi jer..
Orang selalu pesan kalau ada masalah tak patut cerita dekat orang yang salah, aku memang tak berminat nak cerita tapi hari kejadian tu aku adalah cerita sikit2 masalah biasa, okla mula-mula macam banyak bagi support pura-pura caring tapi tak sangka pula kawan aku ni ada udang di sebalik mee !! sejak jumpa kunjungan aku ke spa tu kawan aku setiap hari whassap aku, ajak join buka spa macam dia dan berjaya macam dia, dia siap tunjuk slip gaji lagi adalah angka 5k-8k katanya hasil dia buat bisnes join spa ni.Tempat ni agak femes orang panggil segitiga emas tempat di area KLCC, bole je naik train nak ke tempat ni senang jumpa tapi ramai orang tak tahu disebalik bangunan yang gah di tengah2 bandar KL tu ada tempat puaka ni. Minggu pertama ajak aku keluar modal RM 2500 siap tanya bila gaji aku bulan ni nak masuk? simpanan asb ada berapa? ada emas simpanan tak? so aku yang luus bendul ni ceritalah kat dia semua, kebetulandah hujung bulan 3 gaji aku keluar dia suruh kumpulkan semua modal cukupkan jumlah RM 2500 tu, aku ikut semua cerita dia sebab masa tu fikir nak belajar bisnes. Kemudian tak sampai seminggu aku labur 2.5k tu dia sekali lagi mintak aku buat loan??? aku memang teragak-agak sebab aku tak nak berhutang.
Kali ni dia wahssap aku dan masukkn aku dalam group chat whassap dalam tu ramai partner2 baru dapat whssap selamat datang dan ucap tahniah dan minta aku fight cash untuk level seterusnya, nak tau fight untuk ape? fight modal cash atau Loan 30k, sebelum fight tu kawan aku dan geng dia bawak aku pergi ceramah keusahawan yang kononnya anjuran 1 malaysia. Dalam tu ramai bekas jurutera dan penjawat awam yang berhenti kerja untuk join bisnes ni, pakai baju smart dan kereta sport yang tak kalahnya jutawan2 kat malaysia ni! lepas balik dari ceramah tu terus kawan aku bawak aku dan team dia lepak kedai mamak area berdekatan katanya nak buat sesi sharing, pendekkan cerita kawan aku terus letak 3 kertas loan untuk aku tulis dan bagi tahu bertapa hebatnya bisnes ni, sampailah pukul 3 pagi aku still di KL sesi sharing balik rumah kawan aku hantar dalam pukul 6 pagi baru aku sampai rumah, dahla waktu tu aku masuk kerja pagi pergi kerja pun dah mengantuk sangat2 memang tak ada kualiti sejak terjebak dengan benda ni.
Kali ni terus whassap aku minta semua dokumen, memang tujuan aku nak tolong family aku dalam bisnes, tapi aku ikutkan aja kawan aku ni.. dia memang bijak manipulasi minda bawah sedar aku, kali ni macam memaksa minta aku sediakan borang untuk apply semua personal loan, pendekkn cerita aku diminta ambil cuti untuk settlekan hal urusan personal loan aku, aku ingat lagi hari tu aku dengan kawan aku pergi semua bank di area KL untuk submit loan, kawan aku tu suruh aku fight koan 30k!! bila aku tak nak dia memaksa dan bawa aku pergi jumpa kawan2 dia untuk brainwash aku sampai lembik dibuatnya aku, otak aku disuruh aku berfikiran positif sebab masa tu aku dah sangat negatif sebab banyak terbaca artikel pasal ppenipuan bisnes ni,Mereka minta aku rahsiakan benda ni dari mak dan ayah katanya dah berjaya buat income baru bagi tahu Mak ayah.. musykil betul.. tapi masa tu tak fikir lagi akibat dia.
Dalam masa 2 minggu join aku lulus semua loan, bukan satu bank! tapi tiga bank!! banyak betul, yang paling best aku ada bagi tahu kawan aku yang aku nak quick tapi ditahan, masa tu aku tak boleh nak cakap apa sebab kad bank aku semua ada pada dia!! dia call aku ajak jumpa untuk aku saksikan duit 3ok keluar untuk masuk bisnes tu!lepas aku masuk aku dapat barabg yang aku sendiri tak pilih! tetiba jer dah sampai depan rumah, lepas jer aku masuk kawan aku sibuk nak kawin so memang dia tinggal aku macam tu jer.. kawan2 dia tu plak xdelah rapat sangat, tapi bila dah masuk semua macam sangat busy cari partner baru memang masa tu aku rasa kene game! sebab ni bukan bisnes tapi ni MONEY GAME!!!! barang-barang pulak harga rm 600 satu barang.. logik ke harga tu?? dia cakap dia sangat busy ko pergilah cari orang buat teknik yang macam mana aku buat.. Ya Allah bertapa geramnya aku! kata bisnes tak cari orang tapi kenapa sekarang cari orang? awal2 lagi dah putar belit cerita.
Kesan daripada join bisnes MLM Tu aku terus dilanda kemurungan yang teruk sampai aku terpaksa berhenti kerja!! ada seketika aku nak bunuh diri rasa diri nak sewel, sebab aku tanggung hutang yang banyak, sejak tak kerja aku da mampu bayar sampailah rahsia aku pada parents aku terbongkar.. sebab aku selalu stress dan jatuh sakit akhirnya satu family tahu yang aku kene game, aku ada buat report polis tapi polis tak layan sebab kes atas kerelaan aku dan diorang ada resit jual beli dengan syarikat yang berlesen.. aku sedar nasi dah jadi bubur masa tu memang tak boleh buat apa, komitment bayarann bank pula rm1000 sebulan itu belum termasuk kereta aku, so memang gaji aku rm 2k lebih dah tak cukup nak tampung hutang ni dah nak dekat 100k dengan bunga3 dia! aku memang buntu diam terduduk menangis!! dahla lepas berhenti kerja nak dapat kerja balik susah sangat sampailah aku cuba bangkit akhirnya awal 2015 aku dapat kerja secara kontak selama 8 bulan di sebuah company ni.. masa tu memang kerja gaji untuk bayar hutang, setiap hari bank call minta bayaran sehinggakan aku tak mampu bayar lagi semua hutang2 MLM tu bertapa stressnya aku dengan gaji yang kecil aku nak bayar hutang2 tu..Tuhan je tahu perasaan aku macam mana! kawan aku dah lari dia pun dah block semua facebook dan no phone aku jadi tinggalla aku seorang diri menanggung hutang!!
Dalam kita susah hanya family jer yang dapat bantu kita bukan orang lain, aku bersyukur aku ada tempat nak pergi dan sekarang ni setiap hari bank call minta semua bayaran tertunggak samapi aku jadi seorang yang paranoid dengan setiap panggilan telefon. Sekarang ni aku menunggu tindakan mahkamah untuk aku bankrupsi.. sebab aku betul2 tak mampu bayar dengan gaji sekecil ni.. baru sekarang aku tahu erti syukur dengan kehidupan yang lama, slah aku juga sebab buat dosa tak cerita perkara ni sebelum terjebak! Jadi adik2 siswazah semua janganlah terjebak dengan money game kelak diri sendiri yang merana, dah macam2 kerja aku buat cari duit extra dari kerja jaga anak orang sampailah ambil upah isi cecair dalam botol, 1 hari 200 300 botol dengan bayaran 20 sen 1 botol.. sekarang kereta aku tak mampu bayar tunggu hari kene tarik!
Kawan-kawan aku yang tak terkene money game happy jer hidup diorang, jadi adik2 kalau tak nak rasa azab bertahun- tahun susah janganlah buat sesuatu yang merosakkan masa depan!! kalau betul minat nak buat bisnes mulala dengan bisnes yang modalnya kecil.. insyallah selamat kehidupan adik dari berhutang azab seumur hidup!!! yang penting berhati-hatila dengan siapa yang adik kawan sebab tak semua ada niat yang baik nak berkawan dengan kita.. JAUHKAN DIRI DARI MLM, Sekian terima kasih, Siswazah Malang via IIUM.
Sumber: beliabaru
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
Setelah Lama Ibu Menjanda Aku Buatkan Ibu Akaun Facebook Untuk Hilangkan Bosan Tapi Apa Ibu Lakukan Buat Satu Keluarga TERPERANJAT
Menarik 22:43| Assalamualaikum semua.Aku tak pernah sangka perkara ni akan terjadi pada ahli keluarga sendiri, tapi bila ianya berlaku, tunggang terbalik dibuatnya. Aku mulakan dengan serba sedikit tentang mak aku.
Mak aku dah 20 tahun menjanda. Seorang ibu yang baik, cekal membesarkan anak2 seorang diri. Ramai lelaki cuba menyunting, tapi mak mengelak dengan beri pelbagai alasan. Ayah aku pula, sepanjang mereka berkahwin, juga adalah ayah yang baik. Tidak pernah abusive, pendiam dengan orang luar, tapi ceria dengan anak2. We were a happy back then, until ayah decided to let mom go.
Baru2 ini, aku perkenalkan mak dengan dunia facebook. Niat aku nak kurangkan kebosanan dia. Boleh la dia tengok resipi, berhubung semula dengan kawan2 lama, atau mengikuti page2 agama. Tapi inilah kesilapan terbesar aku rupanya.
Baru sebulan di facebook, mak aku terjebak dengan ONLINE LOVE SCAM. Kelam kabut kami sekeluarga (aku suami isteri, mak sedara, kawan2 mak) cuba menyedarkan mak dengan kes2 penipuan seperti ini. Aku sendiri dah pun membaca kesemua teks/mesej yg dihantar oleh conman tersebut, memang ternyata yang menulis tu bukan orang Malaysia, walaupun di fb nya, guna nama melayu, gambar profile seperti pegawai tinggi kerajaan Malaysia. Every malay words copy dari Google Translate. Nampak sangat menipunya. Tapi mak aku tetap gila bayang pada profile conman. Mak kata, lelaki tu orang Malaysia tapi membesar di luar negara, sebab tu tak pandai berbahasa melayu. Aduss..
Yang aku khuatir, mak seperti terlalu yakin dengan cinta siber dia. Dah bernekad untuk tinggalkan Malaysia, dan mengikut ntah sesiapa ni duduk di luar negara (kononnya la). Cakap anak menantu dah tak nak dengar. Beranggapan kami ni nak menyekat kebahagiaan dia. Sedangkan kami nak menghalang mak dari dijadikan keldai dadah ke, pengebom berani mati ISIS ke, ataupun ditipu wang ringgit.
Dah ajak pergi ke IPD supaya mak dapat penerangan jelas dari pegawai polis tentang kes2 yang sama seperti ini. Tapi bila orang dah gila bayang mabuk kepayang, memang takde nak la dia dengar nasihat orang lain.
Masalah mak aku ni, dia beranggapan jika dia adalah orang yang baik, taat dan patuh pada perintah Allah, maka orang2 yang dia jumpa juga baik seperti dia. Naive je bunyinya, tapi mak aku memang mudah percaya pada orang. Lebih2 lagi jika dipuji. Puas juga aku nasihatkan yang orang yg baik2 ni la selalu jadi mangsa penipuan. Tipu duit, duit boleh cari. Tipu maruah, harga diri, kebebasan hidupmerana badan. Kalau dia bukan mak aku, mungkin aku tak peduli. But she is my mother and I need to protect her!
Dah dipujuk, kalau mak nak kawin, kawin la dengan orang yg nyata ada di depan mata. Yang kenal susur galur salah silah keluarganya. Bukan main ikut semberono. Ya Allah, serabut minda tak terkata sekarang ni.
Readers, apa lagi yang boleh aku buat secara fizikalnya (doa solat hajat tu tak perlu suggest, itu basic). Aku perlu tahu jika ada cara lain yang boleh aku usahakan bagi mengekang perkara ini dari terus melarat. Aku tak nak nanti mak aku yang tua ni dipenjara di negara orang atas tuduhan membawa dadah ke (this probably the worst scenario), dihambakan ke, apa ke. -Anak Mak- Kredit:- IIUMC
Sumber: beliabaru
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
Viral di media sosial Facebook sebelum ini apabila ada seorang gadis sanggup memberi RM 100, 000 kepada sesiapa yang menjumpai beg tangan merahnya.
Wanita dalam video tersebut merayu kepada orang ramai menjumpai beg merah yang didakawa mengandungi kotakChe Semah Beautydidalamnya ada barang sangat penting kepada dirinya supaya memulangkan kepadanya.
Terbaru, FacebookNoreha Arifinyang memuatnaik video tersebut sudah dihackdan beliau telah membuka Facebook yang baru dengan memuatnaik gambar seperti dibawah ini menggunakan nama yang sama.
Beliau juga ada membuat membuat ‘live’ di Facebook barunya.
Nampaknya video sebelum ini begitu viral sehingga ada pihak yang tak bertanggungjawab meng‘hack’facebook asal beliau. Tidak pasti bagaimana status kehilangan beg merah tersebut kerana beliau sendiri tidak mendedahkan apa apa lagi berkaitan kes itu.
Sumber: beliabaru
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
BIAR BETUL BERANG DITENGKING PENGANTIN PEREMPUAN 30 MINIT SELEPAS AKAD NIKAH LELAKI INI NEKAD LAFAZKAN CERAI TALAK 3 DIDALAM MASJID SAYU
Menarik 22:28KUALA LUMPUR – Gara-gara wang hantaran tidak cukup seribu, seorang lelaki menceraikan isterinya selepas setengah jam melangsungkan pernikahan.
Insiden itu berlaku selepas hantaran yang diletakkan keluarga pengantin perempuan sejumlah RM22,222.22, didakwa tidak dapat disediakan oleh pengantin lelaki.
“Hantaran kahwin mak ayah perempuan ni letak, mahal gila, tapi si laki ni setuju. Aku tengok pun lelaki ini bukan calang-calang orang.
“Hari akad nikah, gembira sahaja dua-dua belah pihak. Pengantin muka dah tak saba mengawan. Ye la, musim hujan masa tu. Tok kadi sampai, maka berlangsung la acara akad nikah dan selamba dengan senafas sahaja si lelaki lafazkan akad. Hantaran pun bertukar tangan begitu gak ngan mas kahwin. Masa lelaki tu nak baca lafas takliq, tiba-tiba saudara dari pihak perempuan bising duit hantaran tak cukup seribu,”tulis jurugambar, Boii Amani Hashim yang memuat naik status perkongsian di Facebooknya, beberapa jam lalu.
Tambah Boii Amani, pengantin perempuan terus sahaja bangun dari tempat duduknya.
“Tinggikan suara kat pengantin laki bertanyakan pasal ape tak cukup seribu…siap pihak pompuan perli-perli ‘dah tau tak cukup duit tapi gatal sangat nak kahwin tu kenapa?’ (jeritnya).
“Yang pengantin lelaki walaupun mata berkaca, dia senyum saja. Dia amik ‘mic’ pastu dia cakap, baru jadi isteri tak sampai setengah jam dah camni. Saje saya tak cukupkan seribu sebab nak tengok kamu macam mana. Ni ada saya bawa wang yang tak cukup tu, (sambil buka beg yang berkepuk-kepuk duit 50 dan 100). Tak apa la…alang-alang semua ada kat sini, boleh jadi saksi saya. Saya ceraikan awak dengan talak tiga,” tulis Boii yang turut menceritakan lelaki itu terus beredar daripada majlis tersebut.
Tinjauan SuaraTV mendapati, ramai yang mengecam tindakan pengantin perempuan dan ahli keluarga yang mengenakan wang hantaran yang tinggi.
Ada juga yang berpendapat, keluarga pengantin perempuan tidak boleh keterlaluan dan mementingkan wang ringgit semata-mata hanya kerana ingin mengahwinkan anak mereka.
Ada juga menyifatkan di zaman ini, tindakan ibu bapa sama seperti ingin meniagakan anak perempuan mereka.
Arini Suhaimi berkata, “Pelik la, arwah Tok Guru Nik Aziz pun ambik seribu je. Itu anak tok guru!,”tulisnya.
“Ingat dia bangun nak ‘back up’ si laki. Awak dapat apa yang awak buat. Puas hati aku,” ujar Elinda Hashim.
Manakala Awin berkata, “Pengantin perempuan jangan terlalu tamak, nak caj mahal-mahal. Keluarga perempuan jangan macam niaga anak!,”katanya.
Zanzolees berkata, “Zaman ke zaman manusia bertindak seperti binatang. Tamak haloba!,”tulisnya.
Terdahulu, sebuah video mengenai satu majlis pernikahan bertukar kecoh apabila wang hantaran tidak mencukupi.
Kejadian dikatakan berlaku pada Sabtu lalu di Masjid Jamek Al Khadijah dekat Pantai Dalam itu bertukar kecoh apabila berlaku kejadian maki hamun dan pergaduhan melibatkan kedua belah pihak.
Susulan itu, saudara pengantin perempuan tampil memberi penjelasan menerusi kejadian yang berlaku.
Terbaharu, pengantin lelaki turut tampil membuat penjelasan berhubung insiden tersebut.-SuaraTV
credit :beliabaru
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
Sebuah pokok di Thailand mempunyai bentuk buah yang sangat unik. Buah dari pokok tersebut berbentuk seperti tubuh seorang wanita.
Pokok yang diberi nama Nariphon itu tumbuh di hutan mitos Himaphan. Sejak dulu, pokok ini memang selalu menghasilkan buah berwarna hijau berbentuk tubuh wanita lengkap dengan kepala, mata, hidung, bibir, tangan dan kaki.
Menurut mitos di wilayah tersebut, pokok ini dicipta oleh Dewa Indra ketika salah satu tokoh paling terkenal dalam kepercayaan Buddha, Vessantara Jataka masih hidup bersama isteri dan kedua-dua anaknya. Apabila isteri Vessantara tengah berada di hutan mitos untuk mengumpul pelbagai jenis buah-buahan, ia diserang oleh pertapa yogis.
Dewa Indra pun mencipta 12 pokok Nariphon untuk menyelamatkan nyawa isteri Vessantara. Yogis kemudian mengambil dan memakan buah tersebut. Ia lalu tertidur hingga empat bulan lamanya. Tidak hanya itu saja, kekuatan yogis kemudian menghilang.
Cerita rakyat itulah yang sampai saat ini dipercaya masyarakat sekitar tentang asal keunikan bentuk buah Nariphon. Hal itu juga disokong dengan belum ada penjelasan ilmiah tentang bentuk dari buah tersebut.
Sumber: beliabaru
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
Kena Tunggu Bisul MASAK Baru PICIT Doktor DEDAHKAN Amalan Tunggu Bisul MASAK Boleh BAHAYAKAN Kesihatan
Menarik 21:43Anda Sedia BERPERANG! Jadilah GENERAL yg BIJAK. Musuh tu hanya di badan anda..iaitu BISUL si durjana. Banyaknya kes BISUL di klinik doc hari ni. Doc sembelih/bedah buang bisul tu. Buat dressing tiap hari sampai ok.
Tau tak mengapa stgh org kena bisul, stgh lagi tak?
- Apa tu bisul?
Bisul adalah benjolan merah pd kulit yg sakit & berisi nanah. Ia akibat infeksi bakteri pd folikel/lubang bulu badan dikulit kita.
Ni Doc nak cerita sikit Step2 terbentuk bisul.
- Badan anda ada tahanan atau TENTERA atau antibodi/immunity supaya kulit anda cantik segar selalu. Klu le TENTERA anda lemah hihihi kuman atau MUSUH akan attack/serang le anda. Leh tu anda mesti jadi GENERAL yg BIJAK bagi 1 batalion TENTERA untk jaga tubuh badan anda! Klu batalion anda X kuatkalah le anda. Klu dah kibar BENDERA PUTIH jadi le bonjolan merah pd kulit anda yg asalnya mendatar. Ia dipanggil CELULITIS. atau kulit merah merinin!!
2.Kulit di sekitar BENJOLAN tu mkin merah, bengkak, & terasa hangat jika disentuh sbb infeksi sbb di situ le tempat petempuran dlm MEDAN PEPERANGAN.
3. Di medan peperangan tu TENTERA anda aitu CELL DARAH PUTIH lawan mati-matian dgn musuh KUMAN. ramai terkorban dikedua2 belah pihak. Maka BENJOLAN bertambah besar & berisi NANAH.. iaitu titik putih di bagian puncak benjolan.Ia terdiri drp Tentera2 & musuh2 yg TERKORBAN dlm peperangan tersebut. HihihiKlu batalion anda kuat & MENANG ini bisul tak terjadi anda terus sehat kembali ! MERDEKA! MERDEKA!!
4. Klu batalion anda lemah & KALAH Terima le PADAHnya!! :>>>
Bisul tu memBESAR lgi sakit! Dari saiz Bukit Bendera ke saiz Genting Highland. Lama2 jadi Gunung Kinabalu. Apa lagi tunggu MELETUP je. Klu meletuphihihi habis lava gunung (nanah) tu terhembur2 keluar dgn darah sekali sampai meleleh le.baru rasa lega nu.
5.Klu batalion anda kalah lagi, anda sbgai General minta le bantuan. Klu nak Musuh akan attack Penang( kawasan punggung dipaggil: BISUL) . Lepas tu merebak & attack Selangor ( bisul kawasan mata : dipanggil KETUMBIT) dan terus ke PUTRA JAYA ( Bisul Kawasan kepala dipanggil di panggil : SAWAN). Nama je lain tpi benda tu sama BISUL juga. Anda Sbgai General yg bijak tambah je TENTERA ELITE tambahan nihihihi iaitu mkn le ANTIBIOTIK untuk lawan kuman bersama darah putih anda.
Tu le silap kita terpengaruh org dulu2. Depa kata: Klu ada bisul, tunggu bagi MASAK dulu atau tunggu ada PUNAT dulu. Fikiran yg kolot ni JANGAN TURUTI. klu bisul dah BESAQ & MEREBAKsapa yg sakit? Anda Org yg kena busul ke? atau org yg nasihat suruh bagi bisul tu masak ke? Ada pi tambah BAJA lagipi buh rumput le, kunyit le, sarang serangga angkut2leaduuh busul lagi MENGGANAS!!
6.Lagi satu, Klu batalion anda kalah cari le MUSUH dlm SELIMUT. Ni le yg kita marah ni yg DURHAKA pd negara.. hihihi musuh dlm selimutSI KENCING MANIS. Gula dlm badan ni boleh bagi BAJA untuk MUSUH kuman bisul tu biak lalui darah ke lokasi lain. Ia boleh pi mana pun boleh..ke tulang, jantung dan ke otakMAUT!!.
7.Waspada musuh negara durjana ni KUMAN amat bahaya!! Nama GENERAL MUSUH anda di bisul adalah bakteria Staphylococcus Aureus. Bakteri ni dpt temukan pd kulit anda sentiasa. Hanya tunggu nak attack anda bila PERTAHANAN anda LEMAH! Be Alert selalu ye!!
Harap anda faham EXPLANATION doc.
- Cara merawat bisul.
1. Penting jaga kebersihan kulit anda. Jangan MANDI KERBAU cukup le.
2. Mkn ubat tahan sakit & demam jika perlu. Antibiotik diberi doktor.
3.Klu bisul pecah..cuci dgn air suam, Dettol atau EUSOL.
4. Picit keluar semua nanah & tutup dgn Gauze/ kain sterile. Gantikan gauze jika di basahi nanah.
5 Jangan lupa cuci tangan dgn air & sabun sebelum & selepas dressing bisul.
6. Klu bisul tak pecah, doc/ doktor anda akan buat hirisan/bedah & buangkan nanah tu dlm keadaan bius. Klu tak bisul tu nanti merebak ketempat lain.
Jaga kesihatan anda ya. Bestnya jika kita sehat nu!! Alhamdulillah. MERDEKA! MERDEKA!!
Kredit: Dr. Abdul Rahim
Sumber: beliabaru
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
Doktor PELIK Wanita Berpurdah Datang Klinik Ada SIFILIS Bila Check Suami Rupa2nya Dia Ada
Menarik 21:43Thanks admin sebab approve stori aku ni. Cerita ni diberitahu oleh rakan aku yang bekerja sebagai doktor di sebuah klinik kerajaan. Aku macam tak caya je bila dia cerita macam tu.
Sekadar Gambar Hiasan.
Begini kisahnya, pagi tu kawan aku ditugaskan menjaga klinik ibu dan anak. Wanita berpurdah ni, yang juga seorang ustazah di sebuah maahad tahfiz, datang ke klinik untuk buat pemeriksaan rutin sebab mengandung. Memang prosedur biasa klinik akan check macam2 (pastikan ibu dan bayi bakal lahir sihat) dan alangkah terkejutnya bila result test untuk penyakit sifilis adalah positif. Kawan aku si doktor tu pelik la. Camna wanita baik macam tu ada penyakit sifilis.
Untuk makluman, penyakit sifilis ni hanya dijangkiti kepada orang yang mengamalkan s3ks bebas dan bertukar-tukar pasangan. Ujian kedua dijalankan dan hasilnya masih positif. Sesi konsultansi pun dijalankan dan dari hasil interview tu memang wanita tu memang seorang yang baik dan tak mengamalkan hubungan bebas. Prosedur biasa juga akan memanggil suami dan minta suami jalankan test yang sama.
Kawan aku tu kata suami ustazah tu yang merupakan seorang ustaz datang klinik untuk buat ujian sifilis dan dia pun positif. Lepas interview ustaz tu akhirnya dia mengaku yang dia yang buat perkara tak elok, bukan isterinya. Dia ada nafsu songsang. Dia kata dia terjebak buat hubungan sejenis ni sejak sekolah menengah lagi. Bila kawan aku tu tanya kenapa ustaz dah kahwin pun masih tergamak nak buat macam tu.
Kawan aku tu terkejut bila ustaz tu jawap ringkas. Sebab NAFSU. Aku yang dengar ni pun rasa cam nak libas je ustaz tu dengan paip getah. Dan bak kata kawan aku tu, muka dia macam tak bersalah. Aku saja cerita ni sebab aku tak puas hati. Kasihan kat isteri dia tu. Tak tahu apa2 dan last2 dapat sifilis dari suaminya yang berpewatakan baik tu.
Ini bukan kisah reka-reka. Memang diceritakan oleh kawan aku doktor tu. Tapi kalau korang nak tau kat mana dan maahad mana ke. Aku takleh la nak bagitau. Kisah ni sebagai iktibar sahaja supaya kita semua lebih berhati-hati dengan semua orang di sekeliling kita. Apa pendapat korang pulak. Muslimah Susah Hati via IIUM.
Sumber: beliabaru
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
Pada 20 Ogos 1957, Platun 12 Kompeni D, 5 RAMD telah ditugaskan untuk mengambil alih kawasan rondaan Kompeni C, 6 RAMD di Rawang. Berdasarkan maklumat risikan pasukan keselamatan, Leftenan Hassan dimaklumkan bahawa pihak komunis sedang merancang untuk melakukan sabotaj semasa majlis pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu.
Sebaik sahaja menerima maklumat dan mendapat kebenaran, Leftenan Hassan telah bergerak ke Ladang Getah Waterfall untuk menyiasat pergerakan komunis di kawasan tersebut. Ketika anggota seksyen membuat rondaan, mereka mengesan kehadiran komunis di kawasan tersebut. Pada jam 5 pagi, 21 Ogos 1957, Leftenan Hassan bersama anggotanya bersiap sedia untuk membuat serang hendap terhadap kedudukan komunis. Kawasan yang dipilih adalah kawasan berpaya.
Pada mulanya Leftenan Hassan melihat seorang komunis wanita bergerak menuju ke arah kawasan serang hendap. Beliau melarang anggotanya menembak kerana khuatir masih ada komunis yang berhampiran. Tidak lama kemudian, muncul seorang lagi anggota komunis lelaki bergerak menuju ke kawasan tersebut untuk membasuh muka. Sekali lagi beliau melarang anggotanya melepaskan tembakan. Mereka menuggu hampir 10 minit. Malangnya tiada pergerakan dalam jumlah besar anggota komunis ke kawasan serang hendap. Leftenan Hassan membuat keputusan mengekori jejak pengganas komunis tersebut.
Tidak lama bergerak dari kawasan tersebut, beliau ternampak 2 pengganas komunis tadi bersama seorang lagi membawa pek, beg dan senjata. Mereka telah meninggalkan beg dan pek di pangkal pokok getah sebelum bergerak ke lereng bukit berhampiran. Leftenan Hassan telah menugaskan beberapa anggotanya memantau lokasi barang tersebut manakala beliau bersama anggota yang lain mengekori komunis tersebut.
Kelihatan dari jauh, sekumpulan penoreh getah bergerak menuju ke arah komunis yang sedang berdiri. Melihat keadaan itu, Leftenan Hassan telah menembak salah seorang komunis. Dua orang lagi berlari menuju ke arah tempat barang ditinggalkan tadi. Kumpulan penoreh getah tadi turut melarikan diri.
Siasatan telah dilakukan ke atas barang tadi dan menemui bekalan makanan, barang kemas, duit dan dokumen bertulis. Berdasarkan siasatan, dokumen tersebut mengandungi rancangan komunis untuk menggagalkan majlis pengisytiharan kemerdekaan. Antara dokumen yang ditemui ialah peta Stadium Merdeka dan susun atur kedudukan pemimpin negara berada ketika pengisytiharan kemerdekaan.
Rupa-rupanya, kumpulan penoreh getah bukanlah penoreh getah tetapi pemimpin komunis dari seluruh Tanah Melayu yang datang untuk bermesyuarat dan berbincang untuk melaksanakan sabotaj tersebut. Lanjutan daripada penemuan barangan tersebut, pihak keselamatan telah membuat tangkapan menggagalkan cubaan komunis mensabotaj hari kemerdekaan. Seramai 35 orang pengganas termasuk pemimpin mereka yang berada di Ladang Waterfall telah berJaya dikesan dan ditangkap.
Sumber :PanggilanPertiwi
Sumber: beliabaru
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
Berapa ramai di antara kita yang bercakap dengan anak-anak? Betul-betul bercakap? Di zaman gajet, texting dan sebagainya, hendak berbual dengan manusia lain (berhadapan) pun sudah satu masalah. Apatah lagi dengan anak sendiri.
Alhamdulillah, saya ada tiga orang anak perempuan (pada waktu itu), kesemuanya bersekolah dan saya selalu juga menjemput mereka pulang. Kau tahu berapa banyak budak perempuan boleh bersembang? Bateri Energizer pun tak boleh lawan uih! Mereka boleh cakap, cakap, cakap dan cakap. Kau siap boleh tertidur, kau bangun dan mereka masih bercakap tak habis lagi (Hahaha).
“Abah, tahu tak apa yang terjadi di sekolah tadi? Klip rambut saya yang warna purple itu jatuh, tapi yang pink masih lagi di rambut. Kawan saya tegur, eh klip jatuh tu, saya pun kutiplah. Dah kutip, ada habuk pula. Saya pun lap sikit dan pasang semula pada rambut bla bla bla…”
Kau tahu apa saya patut buat? Boleh sahaja buat dek, tetapi tak. Saya tetap perlu fokus dan balas perbualan itu.
“Oo, selepas itu, klip pink itu jadi apa pula?”
Saya perlu mendengar. Anak-anak ini cerdik, dia tahu kalau kita tak fokus.
KITA PERLU MENJADI PENDENGAR YANG BAIK, TERUTAMANYA PARA AYAH SEKALIAN
Ibu-ibu biasanya, Allah sudah menganugerahkan mereka dengan kelebihan yang menyebabkan kerja-kerja parenting boleh datang sendiri pada mereka. Lemah-lembut dan penuh kasih sayang.
Para ayah kena pulun lebih sikit. Kau di rumah, tiba-tiba anak jatuh tergolek. Siapa yang bangun dulu dan angkat anak itu?
“Alahai anakku!!”
Siapa yang cakap itu, ayah ke? Jarang rasanya. Biasanya ayah akan suruh anak bangun sendiri.
“Dah, dah. Bangun. Tak apa, sikit saja tu, darah sikit saja,”
Yang si ibu pula bagai nak gila bila tengok anak terjatuh.
Ayah sekalian, kalau kita mahu anak kita membesar dalam suasana Islam, perkara pertama yang kita perlu lakukan ialah, menjadi kawan baik kepada anak-anak dan dia memerlukan usaha yang gigih. Para ayah perlu ‘get in shape’, bina stamina, bukan untuk diri sendiri, tetapi untuk anak-anak. Tak adalah semput bila anak ajak bermain bersama.
Habiskan masa bersama anak walaupun anak tengah main video game sekalipun. Duduklah bermain sekali dengan mereka. Inilah cara untuk kita pecahkan tembok dengan anak-anak agar mereka akan terbuka untuk bercakap dengan kita tentang apa sahaja.
Akan sampai satu masa nanti, mereka hanya akan bersembang dengan orang yang sentiasa bersama mereka. Dan sudah tentu kita lebih suka orang itu ialah kita, kan? Bukannya kawan tak tentu hala yang akan memberi nasihat yang bukan-bukan. – Ustaz Nouman Ali Khan | Terjemahan Waridah Lothpi
Sumber: citeheboh
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
Oleh Dr Syamirulah Rahim
Zika Itu Demam Biasa Sahaja Simptomnya
Ketika negara Singapura melaporkan kejadian kes pertama local transmission Zika beberapa hari lalu, saya tidak terkejut. Namun apabila hari seterusnya kerajaan Singapura melaporkan 40 orang lagi disahkan positif zika, dan yang terbaru 36 orang lagi di sana turut disahkan zika, maka ada sesuatu yang membimbangkan di situ.
Jangkitan zika ini, biasa sahaja. Mild viral infection. Symptom nya hanyalah menyerupai demam virus yang biasa. Malahan, demam nya pun tidak terlalu tinggi suhunya. Diikuti dengan ruam-ruam dan mata kemerahan. Sekadar itu sahaja. Kerana itulah, statistik menunjukkan 80% kes Zika adalah asymptomatik. Bermaksud tiada tanda, dan kalau ada pun, terlalu “subtle” sehingga penghidapnya tidak sedar dan perasan pun. Orang yang dijangkiti Zika, tidak sedar bahawa dia dijangkiti Zika. Dia mungkin beranggapan ianya hanyalah demam biasa.
Itulah yang berlaku kepada kes pertama local transmission di Singapura beberapa hari lalu. “Local transmission” bermaksud, pesakit tersebut TIDAK PERNAH travel atau berada di mana-mana negara Zika. Dalam menangani penyakit berjangkit, kita di pihak kesihatan sangat mementingkan sejarah perjalanan pesakit (travelling history). Sebagai contoh, denggi. Sesiapa yang pernah menghidap denggi, pasti akan ingat bahawa doktor selalu akan bertanya,
“Encik ada travel ke negeri-negeri lain ke seminggu dua ini?”
“Kawasan tempat tinggal encik ada sembur asap fogging ke?”
“Ada orang lain ke di kawasan kejiranan encik yang dijangkiti denggi?”
Sejarah di mana pesakit berada adalah penting ke arah suspicioun kita khasnya melibatkan penyakit berjangkit. Begitulah halnya juga dengan zika. Selama ini kita hanya memberi tumpuan kepada individu yang ada sejarah travelling ke Rio, ke Amerika Selatan, ke negara-negara disahkan dijangkiti Zika.
Tetapi kes local transmission di Singapura ini membuktikan bahawa Zika sudah pun bertapak. Pesakit tersebut tidak pernah travel ke negara-negara lain. Tetapi beliau tetap dijangkiti Zika. Menariknya, pesakit ini bukannya mempunyai simtom yang serius pun. Beliau hanya mengalami demam, ruam dan mata kemerahan. Lalu beliau ke klinik swasta, yang mana klinik swasta ini merujuk beliau ke hospital penyakit berjangkit khas. Hanya di hospital ini, barulah beliau disahkan positif Zika.
Menarik lagi, hanya selepas beliau disahkan positif zika, barulah pihak berkuasa kesihatan melakukan contact tracing. Iaitu pasukan kesihatan berkunjung ke kawasan tempat tinggal beliau dan mencari sendiri, siapa lagi ada mempunyai simtom-simtom seperti demam dsb. Bila dicari sedemikian, barulah dijumpai lebih 40 orang lain yang mempunyai tanda-tanda yang sama, turut POSITIF zika.
Pendek kata, kalau tidak disebabkan patient zero iaitu wanita berusia 47 tahun ini, mungkin pihak berkuasa tidak pernah sedar wujudnya local transmission of zika ini.
Saya secara peribadi beranggapan, zika sebenarnya sudah ada di Malaysia. Cuma kita masih belum dapat mengesannya sahaja. Mungkin ada dalam kalangan kita yang sebenarnya sudah dijangkiti Zika, namun cukup sekadar penelan panadol untuk beberapa hari. Atau ke klinik swasta atau klinik kesihatan dan dirawat sebagai demam biasa sahaja.
Habis, kenapa kita risau sangat dengan zika ini?
Penyakit Zika, dikaitkan dengan microcephaly. Kita dapati apabila seseorang ibu mengandung atau didapati mengandung dalam keadaan dijangkiti virus Zika, virus tersebut akan menyerang janin didalam kandungan.
Kesannya, bayi didalam kandungan berisiko tinggi menghidapi microcephaly. Iaitu saiz otak yang lebih kecil dari kebiasaan. Bayi yang menghidapi microcephaly, dikaitkan dengan pelbagai masalah ketika membesar kelak. Antaranya seperti masalah sawan, dwarfism (kerdil), kegagalan untuk bertutur atau melakukan aktiviti-aktiviti seperti memegang, berjalan dsb.
Komplikasi microcephaly ini mungkin boleh dikesan ketika kandungan, namun boleh juga hanya dikesan apabila setelah bayi dilahirkan. Ibu-ibu yang dijangkiti Zika, tidak mengetahui bahawa diri mereka dijangkiti Zika. Sedar-sedar bila anak dilahirkan, mempunyai masalah microcephaly, yang bila kita lakukan test screening barulah dikesan rupanya dijangkiti Zika ketika dalam kandungan.
TANGGUHKAH HASRAT UNTUK DAPATKAN ZURIAT
Atas sebab itulah, saya secara peribadi, melihatkan situasi Zika di negara jiran yang semakin meruncing, tidak menolak kemungkinan bahawa Zika sebenarnya sudah ada di Malaysia. Bahkan mengambilkira populasi dan kepadatan negara Singapura, kemungkinan sebenarnya situasi Zika di negara kita lebih buruk lagi. Cumanya kita masih belum mengesan “patient zero” kita.
Tentulah, kita masih bertindak secara berhati-hati dan kita tak mahu menimbulkan panik yang tidak perlu (unnecessary panic). Saya secara peribadi menasihati jika ada rakan-rakan yang membaca FB saya, yang berhasrat untuk mendapatkan zuriat, ada baiknya hasrat tersebut ditangguh terlebih dahulu.
Gunakan kaedah perancang kehamilan buat masa ini. Setidak-tidaknya sehingga kita mendapat data yang lebih konkrit mengenai situasi Zika di negara kita (contohnya kawasan mana terlibat, negeri mana, berapa jumlahnya etc). Mungkin agak sukar khasnya kepada pasangan yang baru berkahwin, tentu tidak sabar-sabar untuk bunting pelamin. Namun saya, secara peribadi menasihatkan, untuk menimbang kekhuatiran yang ada mengenai Zika ini.
Dikhuatiri, sepuluh bulan dari sekarang kita dapati ada peningkatan dari segi jumlah bayi yang dilahirkan menghidapi microcephaly pula.
PARA IBU MENGANDUNG DIGALAKKAN PAKAI PAKAIAN LABUH/LENGAN PANJANG
Manakala kepada rakan-rakan pembaca yang sedang mengandung, InshaAllah, penyakit Zika walaupun serius kesannya, tetapi kita boleh berikhtiar untuk mengelaknya. Saya menasihatkan rakan-rakan yang sedang mengandung, agar sentiasa berwaspada.
Banyakkan memohon kepada Allah untuk melindungi diri dan kandungan masing-masing. Sejahat-jahat makhluk Zika Virus ini pun, kita beriman bahawa setiap kudrat dan mudarat yang ia ada adalah dari Allah dan Allah jua yang boleh melindungi dan merawat kita.
Banyakkan memakai pakaian labuh atau lengan panjang agar dielakkan dari digigit nyamuk. Elakkan pakaian berwarna gelap kerana pakaian gelap menarik perhatian nyamuk aedes. Pastikan rumah anda dilengkapi dengan ubat nyamuk dan/atau kelambu. Elakkan keluar dari rumah pada waktu senja/maghrib contohnya ke pasar malam atau kedai makan dsb.
Pencegahan kepada Zika ini bukan perkara baru. Setakut-takut kita dengan Zika, Zika tetap disebarkan melalui vektor nyamuk Aedes. Ada lah satu dua kes Zika di transmit secara sexual, namun ianya sangat sedikit dibandingkan transmission Zika melalui Aedes.
Nyamuk Aedes, bukannya benda baru di negara kita. Kita tahu, nyamuk Aedes membiak di persekitaran yang kotor dan bertakung air. Sebersih-bersih negara Singapura pun ada begitu ramai dijangkiti Zika, inikan pula negara kita. Hihi.
Spesis yang sama menyebarkan denggi, turut menyebarkan zika. Denggi itu boleh membunuh. Manakala Zika, merosakkan zuriat.
Kita sudah berkempen sejak bertahun-tahun lampau mengenai pembasmian aedes. Namun sejauh mana keberkesanan kempen kita tersebut adalah menjadi persoalan, apabila saban tahun kes denggi semakin dan semakin meningkat. Dan ianya menjadi mimpi ngeri kita apabila Zika pula come into the picture.
Marilah kita sama-sama memeriksa sekeliling rumah kita untuk mencari, dikhuatiri ada sarang-sarang Aedes yang mendedahkan kita kepada risiko Denggi dan Zika ini. Tiada Aedes, Tiada Denggi, Tiada Zika.
“Jika malam datang menjelang, atau kalian berada di petang hari, maka tahanlah anak-anak kalian, kerana sesungguhnya ketika itu syaitan sedang bertebaran.”
“Jika telah berlalu sesaat/sejam dari waktu malam, maka lepaskan mereka. Tutuplah pintu dan berzikirlah kepada Allah, kerana sesungguhnya syaitan tidak dapat membuka pintu yang tertutup. Tutup pula wadah/bekas minuman dan makanan kalian dan berzikirlah kepada Allah, walaupun dengan sekadar meletakkan sesuatu di atasnya, matikanlah lampu-lampu kalian.”
(HR. Bukhari, no. 3280, Muslim, no. 2012)
Doktor Mohd Syamirulah Rahim
Sumber: citeheboh
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
Pelik Tiba-Tiba Mak Mertua Belikan Sarapan, Akhirnya Baru Aku Tahu Muslihat Sebenarnya
Memang satu mimpi ngeri kepada semua menantu apabila mendapat ibu bapa mertua yang tidak menyukainya.
Ini merupakan antara satu kisah ibu mertua yang tidak menyukai menantu perempuannya.
Seorang wanita meluahkan perasaan di laman sosial FB tentang kisahnya dengan ibu mertuanya sehingga berlaku pergaduhan antara keluarga suami.
Paling teruk ibu mertuanya cuba menyihir anak menantunya itu.
Jom baca:
Bapa mertua penah marah n tak bagi jumpa dgn bomoh tu lagi,tapi yg mak mertua ni still degil dan dia akn jumpa secara senyap2.
Pagi kejadian bomoh tu datang rumah,sy ada dalam bilik dan bila sy turun mereka dh keluar.Maid yg ceritakn segalanya.Makanan yg mak mertua beli maid ambil buang,dia cakap jangan makan.Pelik jugak mak mertua mmg tak akan beli breakfast untuk sy pun.Tiba2 beli,dan banyak kali dia tanya maid, sy makan tak makanan yg dia beli tu.Wallahualam tak tahu la sbab apa.Punca ni la yg merisaukan sy,mungkin mak mertua bole baca kot dari raut wajah sy yg sy marah dgn perbuatan dia bawak balik bomoh.Dia kata sy buat muka dkat dia.
Ok..nak dijadikan cerita keesokkan harinya suami sy kena panggil masuk bilik parents dia untuk berbincang, tnpa pengetahuan sy.Mak mertua ckap yg sy ni dah buat black magic kat suami supaya suami tunduk dekat sy.Dia jugak cakap selalu nampak kelibat sy dalam rumah tu,padahal sy ada dalam bilik.Mcm2 lagi yg dia burukkan sy.Mungkin dia nak cuba pusing cerita,sebab dia dah terkantoi bwak balik bomoh dkat rumah.Suami sy pulak mcm biasa masuk telinga kanan keluar telinga kiri.Suami dah lali dngan perangai mak dia sbenarnya,dah banyak kali berbincang dan asyik ckap benda yg sama. Parents dia pesan dkat suami jgn beritahu sy.Sy tak tahu apa2..
Esok harinya bermula kisah kami keluar terus dari rumah.Sy ada wassap mak mertua pagi2 cakap nak keluar.Mak kandung sy dtg jemput sy dirumah.Atas izin suami sy.Bila sy dah keluar mertua lari turun bawah terjerit2 dekat suami yg masa tu tngah panaskn enjin kereta nak pegi keja.Mak mertua ckap knp dia keluar rumah pagi2 tak mintak izin aku,nak bawak cucu aku pegi mana!!!.
Suami ckap dia dah wassap cakap nak keluar dgn mak dia,tengok la handfon.Yang dia bawak tu anak dia,biarla..Suami ckap yg dia dah izinkan.Dalam setengah jam jugak mak mertua tahan suami dari pegi keja.Suami cakap dia dah mcm kena rasuk menjerit2 tak puas hati.Mak mertua suruh jugak suami col sy supaya balik.Suami tnya untuk apa balik? Mak mertua cakap aku nak bagi dia, pukul.Suami cakap snang hati nak pukul anak org,dia isteri sy,tanggungjawab sy.Suami salam dn cium dahi mak dia dan terus pegi keja.Masa tu mak dia buat drama korea la terjelopok duduk tersandar kat kereta.
Sy yg keluar ni tak tahu cerita, smpai la adik ipar col suruh balik sekarang!! dgn nada yg kasar, tak sempat tanya sbb apa terus putus.Sy col suami tanya knp adik dia suruh balik suami jawap jgn balik.Suami dh balik keja baru sy balik.
Malam tu jugak suami suruh kemas semua baju2,ambil yg penting dulu..Suami dapat rumah sewa dan kami berpindah tanpa pengetahuan keluarga mertua.Rumah mertua besar jadi dia tak perasan yg kami keluar.Bermula la episod kami dibuang keluarga.Sampai skarang still tak berbaik.Suami sy pulak dah digelar anak derhaka.Cerita sy pulak dah mcm cerita artis.Semua org dh pndang serong dgn sy.
Dah cuba berbaik tapi ego keluarga mertua sgtLa tinggi..Dan sampai skarng jugak sy masih berubat dengan Al-Hidayah tuk buang sihir.Setelah kami pindah baru sy tahu slama ni sy dah terkena sihir pemisah.Sampai skarang masih tidak baik.Wallahualam sape yg buat sy berdoa agar dia cepat bertaubat.Cuma sy kesiankan suami,syurga dia bwah tapak kaki ibu dia..Jadi mcm ni serba salah dibuatnye.Sebabkan mak dia terlampau ganas, sbb tu suami bawak sy pindah.Dia takot pape jadi kalau dia pergi kerja tinggal sy berdua dgn mak dia kat rumah.
Ohhh..peranan bapak mertua sy dlam cerita ni,dia umpama dinding sahaja.Tak mampu buat apa2 keputusan.Bagi dia cakap isteri dia saja yg betol.
Terima kasih sudi baca yer,maaf panjang benar.
Sumber: beritamemey
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
China-Seorang kanak-kanak lelaki cedera parah akibat ditetak oleh ibu tirinya sebanyak 30 kali, lapor SKYNEWS….
Difahamkan, mangsa yang berusia 5 tahun ditinggalkan dengan bapa saudaranya, Ma, pada pagi Ahad, sementara bapa kandungnya pergi bekerja….
Pada jam 9.00 pagi, ibu tirinya, Miao memberitahu lelaki itu bahawa dia perlu membersihkan mangsa kerana nampak comot,,, sebaliknya dia telah menetak mangsa lebih dari 30 kali.
Vide0 yang dimuat naik di laman s0sial menunjukkan mangsa berdiri jalanan dengan badannya yang berdarah sebelum dibantu oleh seorang wanita yang cuba menghentikan pendarahannya itu….
Lap0r media tempatan,,, Miao berkahwin dengan bapa mangsa dan mempunyai seorang anak perempuan…. Anak perempuan mereka disahkan menghidap kanser perut dan suspek cuba membunuh mangsa agar suaminya lebih mengambil berat terhadap anak perempuan mereka berbanding mangsa….
Mangsa dibawa ke hospital dan keadaannya dilap0rkan kritikal….
Bapa dan ibu kandung mangsa ketika ditemui di luar dewan bedah menangis apabila mengetahui kejadian yang menimpa anak mereka….
Bagaimanapun,,, tiada maklumat lanjut mengapa mangsa tinggal bersama dengan bapa saudaranya itu….
Gambar mangsa menerima puluhan jahitan di badannya menimbulkan kemarahan netizen di China sehingga ada yang tergamak berkata, “Saya takkan sedih kalau pelakunya mati!!!!”
Sumber: sehijaudaun90
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
Seorang warga indonesia telah dibaham harimau ketika memberi makan di safari AFamosa Resort Melaka jam 5.40 petang tadi.
Menurut sumber, mangsa Herman 38 tahun ditugaskan untuk memberi makan harimau di kandang.
Mangsa cedera parah di kepala kerana dibaham oleh harimau tersebut dibahagian kepala.
Rakan-rakan sekerja yang berada berhampiran tempat simangsa datang membantu dan hantar mangsa ke hospital tampin.
Mangsa meninggal dunia dihospital Tampin. Kes diklasifikasikan sebagai SDR. Post mortem akan dilakukan esok di hospital Tampin.
Sumber: sehijaudaun90
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
Mengejutkan Hanya GaraGara Conteng Kereta Ayah Bertindak Memotong Tangan Anaknya Ini Penjelasan Sebenar Yang Amat Mengejutkan
Menarik 05:30Buat sebagian orangtua yang anaknya kreatif, janganlah lagi dipukul ya.. Tolong baca narasi riil yang menyentuh hati ini, cerita tentang seorang anak kecil bernama Ita yang memohon pada papanya untuk kembalikan tangannya.
Sebagai orang-tua kita layak menghambat perbuatan pasangan untuk memukul sang buah hati. Terlebih pada anak-anak yang masih tetap kecil dan tidak paham apa-apa.
Mengajar dan berikan pelajari melalui langkah memukul tidaklah langkah terbaik.
Bapak, Kembalikan Tangan Doni
Tersebut narasi riil itu :
Sepasang suami isteri seperti pasangan lain di kota-kota besar meninggalkan anak-anak untuk diasuh pembantu rumah waktu mereka bekerja. Anak tunggal pasangan ini, lelaki berusia 10 th.. Yang fikirannya cacat sejak mulai lahir tingkahnya seprti anak di bawah 3 th.. Sendirian di rumah, dia sering dilewatkan pembantunya yang ribet bekerja.
Dia bermain di luar rumah. Dia bermain ayunan, berayun-ayun di atas ayunan yang dibeli papanya, ataupun bermain bola dsb di halaman rumahnya.
Sehari dia saksikan sebatang paku karat. Dia juga mencoret semen tempat mobil ayahnya diparkirkan tetapi karena lantainya terbuat dari marmer, coretan tidak tampak. Dicobanya pada mobil baru ayahnya. Ya karena mobil itu berwarna putih, coretannya tampak jelas. Apa lagi kanak-kanak ini dapat buat coretan sama seperti kreativitasnya.
Hari itu bapak dan ibunya mengendarai motor ke tempat kerja karena jalan macet. Setelah sang anak mencoret penuh sisi yang samping kanan dia beralih ke samping kiri mobil. Dibuatnya gambar ayam dan gambarnya sendiri dll untuk ikuti imaginasinya. Momen itu jalan tidak ada diakui si pembantu rumah.
Pulang petang itu, terkejutlah ayah ibunya saksikan mobil yang baru setahun dibeli dengan angsuran. Si bapak yang belum lagi masuk ke rumah ini dapat senantiasa menjerit, Kerjaan siapa ini? Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu lari keluar. Dia juga beristighfar. Mukanya merah padam ketakutan lebih-lebih saksikan muka bengis tuannya.
Sekali lagi diserahkan pertanyaan keras padanya, dia senantiasa mengemukakan Tak tahu! Kamu dirumah sepanjang sepanjang hari, apa saja yg kau lakukan? hardik si isteri lagi. Si anak yang mendengar suara ayahnya, mendadak lari keluar dari kamarnya. Dengan penuh manja dia berkata doni yg buat itu papa. bagus kan! katanya sambil memeluk papanya inginkan bermanja seperti umum. Si ayah yang hilang kesabaran mengambil sebatang ranting kecil dari pohon bunga raya di depannya, senantiasa dipukulkannya berulang-kali ke telapak tangan anaknya.
Si anak yang tidak paham apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekalian ketakutan. Suka memukul telapak tangan, si ayah memukul juga belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan saja, seolah merestui dan merasa suka dengan hukuman yang digunakan. Pembantu rumah terbengong, tak memahami harusberbuat apa? Si bapak cukup keras memukul-mukul tangan kanan dan lantas tangan kiri anaknya.
Setelah si bapak masuk ke rumah dituruti si ibu, pembantu rumah menggendong anak kecil itu, membawanya ke kamar. Diliatnya telapak tangan dan belakang tangan si anak kecil luka-luka dan berd4rah. Pembantu rumah memandikan air sambil dia ikut menangis. Anak kecil itu juga terjerit-jerit menahan kepedihan saat luka-lukanya itu terserang air. Si pembantu rumah lantas menidurkan anak kecil itu. Si bapak punya niat membiarkan anak itu tidur bersamaan pembantu rumah.
Keesokkan harinya, ke-2 irislah tangan si anak bengkak. Pembantu rumah mengadu. Oleskan obat saja! jawab tuannya, bapak si anak. Pulang dari kerja, dia tidak memperhatikan anak kecil itu yang memakai waktu di kamar pembantu. Si bapak konon menginginkan mengajar anaknya. Tiga hari berlalu, si ayah tidak pernah menjenguk anaknya sebentar si ibu juga sekian tetapi sehari-hari ajukan pertanyaan pada pembantu rumah. Ita demam jawab pembantunya ringkas.
Kasih minum obat penurun panas, jawab si ibu.
Terlebih dulu si ibu masuk kamar tidur dia menjenguk kamar pembantunya. Saat dilihat anaknya Ita dalam pelukan pembantu rumah, dia tutup lagi pintu kamar pembantunya. Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahukan tuannya bila suhu badan Ita begitu panas. Sore nantinya kita bawa ke klinik kata majikannya itu. Sampai waktunya si anak yang sudah lemah dibawa ke klinik. Dokter mengarahkan ia dirujuk ke rumah sakit karena keadaannya serius. Setelah 1 minggu di rawat inap dokter memanggil bapak dan ibu anak itu.
Tidak ada pilihan.. katanya yang mengusulkan agar ke-2 tangan anak itu diamputasi karena gangren yang berjalan sudah begitu kritis.
Tangannya sudah bernanah, untuk menyelamatkan nyawanya ke-2 tangannya perlu dipotong dari siku ke bawah kata dokter.
Si bapak dan ibu seperti diserang halilintar mendengar kalimat itu. Terasa dunia berhenti berputar, tetapi apa yang dapat dijelaskan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapak terketar-ketar ditandatangani surat perjanjian pembedahan.
Keluar dari bilik pembedahan, selepas obat bius yang disuntikkan habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga heran saksikan ke-2 tangannya berbalut kasa putih. Ditatapnya muka ayah dan ibunya. Lantas ke muka pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi saksikan mereka semua menangis. Dalam siksaan menahan sakit, si anak berjumpara dalam linangan air mata.
Papa.. Mama doni tidak akan mengerjakannya lagi. Ita tidak mau dipukul bapak. Ita tidak mau jahat. doni sayang bapak.. sayang ibu. katanya berulang-kali membikinkan si ibu gagal menahan rasa sedihnya.
Ita juga sayang Kak Narti.. katanya lihat muka pembantu rumah, sekalian membikinkan gadis itu meraung histeris.
Papa.. kembalikan tangan doni. Untuk apa diambil.. Ita janji tak akan mengulanginya lagi! Bagaimana langkahnya doni menginginkan makan nantinya? Bagaimana doni menginginkan bermain nantinya? doni janji tdk akan mencoret-coret mobil lagi, katanya berulang-kali.
Terasanya copot jantung si ibu mendengar kalimat anaknya. Meraung-raung dia sekuat hati namun takdir yang sudah berjalan, tak ada manusia dapat menahannya.
Pelajaran yang demikian bernilai buat sebagian orang-tua, anak nakal itu umum, apabila anak kecil terluka, berilah perhatian sendiri pada anak dan jangan sampai bergantung pada pembantu. karena mereka sejatinya hanya membantu. Pekerjaan paling penting mendidik anak ada di tangan anda
Sumber: sehijaudaun90
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
SIAPA saja yang tak sayangkan isteri?
Jika difikirkan, setiap lelaki akan menyayangi isterinya dan akan memberikan yang terbaik untuk membahagiakan isterinya.
Tapi, perlu ke semua kebahagiaan yang diberikan kepada isteri ditunjukkan kepada umum semata-mata untuk membukti kasih-sayang tersebut?
Baru-baru ini, Suhaimi Saad, 35, suami kepada Ina Naim (bekas tunang Mawi) telah memuat naik satu status di akaun Facebook miliknya menunjukkan dia menemani isterinya membeli seluar dalam.
Lebih mengejutkan, apabila Suhami atau lebih dikenali sebagai SS telah melampirkan sekali gambar seluar dalam yang dijual bersama gambar mereka suami isteri.
Ya, tidak dapat dinafikan ada kemungkinan SS hanya mahu memberikan nasihat kepada para suami yang malu untuk membelikan pakaian dalam buat isteri mereka, tetapi bukankah perkara ini secara tidak langsung memalukan isterinya?
Umm, tak boleh nak cakap apa, sebab mungkin bagi SS dan Ina ini merupakan perkara normal dan bukan memalukan mereka.
Sebenarnya ramai yang terkejut bila membaca posting ini kerana SS sebelum ini dikenali dengan sikap alimnya dan mahu keluarganya menjalani kehidupan yang sederhana sehinggakan di rumahnya tiada peti ais dan mesin basuh.
Rata-rata dilihat meninggalkan komen meluahkan rasa terkejut dengan posting yang extra sederhana ini
Walaupun menerima kritikan dari pengguna laman sosial, SS dilihat tenang dan tidak mengambil pusing tentang perkara tersebut.
Biarlah, mana tahu itu salah satu cara untuk dia buktikan sayang terhadap Ina.Well, semua orang pakaispenderkan? Hahah! MYNEWSHUB.CC
Sumber: sehijaudaun90
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
Kisah ini, mungkin ada yang sudah pernah baca. Walaupun begitu, wajar dijadikan sebagai pengajaran dan peringatan kepada kaum wanita agar lebih berhati-hati apabila menggunakan tandas di luar sana.
Kepada semua wanita-wanita terutamanya yang selalu berhenti dan pergi ke tandas di mana-mana stesen petrol. Kejadian ini betul-betul berlaku pada seorang kenalan saya sendiri.
Seorang perempuan dan teman lelakinya (bakal suami yang mana akan berkahwin tak lama lagi) berhenti di sebuah stesen petrol atas sebab si perempuan ini nak pergi ke tandas.
Kalau kita perasan di stesen petrol contohnya Petronas, ada tandas yang di dalam kedai Mesra itu sendiri. Namun, ada juga tandas yang diluar sikit sebelah dengan kedai Mesra serta tandas di bahagian belakang, jauh sedikit dari kedai Mesra.
Si perempuan itu tadi pergi ke tandas yang berada di belakang itu berseorangan pada waktu malam. Sementara teman lelaki hanya menunggu di dalam kereta.
Namun, selepas 30 minit berlalu, perempuan itu tadi masih tidak muncul menyebabkan lelaki itu nekad untuk pergi mencari kekasihnya yang menggunakan tandas di bahagian belakang tadi.
Alangkah terkejutnya dia apabila menemui gadis itu dalam keadaan pengsan dan tidak berpakaian yang dipercayai telah dir0g0l. Sedih, tetapi itulah yang terjadi.
Menurut gadis itu, ada seseorang yang telah menariknya ketika dia masuk ke tandas berkenaan. Suspek menutup mulutnya serta mengunci pintu tandas dan dir0gol secara ganas.
Mangsa tidak dapat mengenal pasti ciri-ciri suspek namun apa yang pasti suspek berkulit hitam dan dipercayai ‘negro’.
Kasihan sangat-sangat. Sudahlah mangsa bakal berkahwin tidak lama lagi dan kini berada dalam keadaan yang sangat trauma dan tertekan.
Kepada kaum wanita yang membaca kisah ini, tolong jangan pergi ke tandas seorang-seorang terutamanya tandas di bahagian belakang walaupun siang atau malam. Kalau boleh, ajak kawan, suami, adik, untuk temankan sungguhpun rasa tak macho tunggu depan tandas tetapi keselamatan perlu diutamakan.
Perkara ini boleh terjadi pada sesiapa saja tanpa mengira mangsa bertudung ke, free hair ke. Tetapi dalam kes ini, mangsa bertudung.
Sumber: sehijaudaun90
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih