Kebanyakkan Content Seminar Azizan Osman Adalah Copy Paste
01:07Aku pernah pergi ke seminar Azizan Osman sekali. Sebelum pergi ke seminar dia, aku memang dah start baca buku tentang business. Boleh dikatakan, kebanyakan konten seminar Azizan Osman telah dicedok idea-idea daripada siri buku Michael E Gerber, E-Myth.
Dalam seminar tersebut, Azizan Osman ada bagitahu yang dia pernah berguru dengan Michael E Gerber (secara face to face) dengan bayaran puluhan ribu ringgit, Aku doubt kesahihannya. Kalau betul, confirm dah jaja selfie dengan die, tapi aku still bagi die benefit of the doubt.
Uniknya, Azizan Osman nih pandai mengolah persembahan menjadi sesuatu yang menarik dan praktikal. Boleh terus guna.
Tak peliklah kalau kita tengok ramai orang Melayu yang berpusu-pusu ke seminar beliau walaupun terpaksa bayar puluhan ribu ringgit. Mungkin sebab kebanyakan orang melayu nih nak cepat kaya, tapi malas membaca & berfikir. Alhamdulillah, aku bukan melayu, tapi pure Jawa! Haha
Kalau diikutkan, buku Michael E Gerber tuh taklah mahal sangat pun. Kalau yang secondhand, baru 0.01 pound sterling jer kalau beli kat Amazon UK. Buku die yang lebih comprehensive, E-Myth Mastery pun harganya kurang dari RM100 kat MPH.
Azizan Osman juga pernah claim dalam seminar yang sama, yang business dia semua dah stabil. Jadi sekarang masanya untuk dia bantu orang Melayu dan sebab dia bosan, dia pun buat PhD. Peliknya, tak pernah pulak nampak company dia kat bursa malaysia! Mungkin dia taknak give up ownership dia dalam business kot, aku bagi benefit of the doubt yang kedua.
Aku puji jasa Azizan Osman yang dah bantu peniaga kecil yang mungkin struggle nak dissect buku berkaitan business. Tuh yang ramai orang buat business education, nak dissect idea businesman hebat. Nak baca tuh satu hal, nak buat tuh satu hal lagi pulak.
Aku sendiri ada guna beberapa nasihat percuma dia especially dalam sales & marketing. Bagi orang yang dah biasa buat sales akan tahu, dia punya advise is dead sound! Cuma, itu bukanlah lesen itu dia terus menipu!
Stop jer guna title Dr, kalau takde PhD! Kalau ilmu tuh diolah daripada buku, just note jer lah! Orang Malaysia nih tetap akan datang ke seminar kau sebab dorang malas baca. Tak perlu lah nak claim kau pergi berguru secara personal dengan dorang dengan bayaran ratusan ribu ringgit.
Dengan entiti yang masih lagi wujud pun, ade orang berani nak menipu, palsukan sijil dan disokong oleh ramai pengikut. Jadi, jangan peliklah kalau hadis yang dipalsukan atas nama nabi pun, ramai orang yang percaya, backup dan tolong sebarkan.
SUMBER Hasan Suyat
Sumber: beritapremium
Sumber asal: figuramalaya.net
Sumber: ohwhuuut
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments