Dua Lagi Universiti Tempatan Nafi Beri PhD Kepada Azizan Osman

01:07

Untitled%2Bmmmm.png

Isu mengenai status sebenar ijazah doktor falsafah (PhD) yang dimiliki oleh pakar motivasi Azizan Osman terus menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia apabilasemalam pihak Universiti Malaya telah mengeluarkan kenyataan bahawa merek tidak pernah memberikan sebarang ijazah kedoktoron kepada Azizan.

Hari ini, dua lagi universiti tempatan telah tampil membuat penafian menganugerahkan PhD kepada Azizan.

Pusat Siswazah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menerusi jurucakapnya berkata, nama Azizan Osman tidak tersenarai dalam penerima dianugerahkan PhD oleh universiti berkenaan. Menurut beliau, berdasarkan semakan teliti oleh pihak UKM mereka mendapati tiada individu dengan nama sedemikian memiliki PhD dalam jurusan psikologi seperti didakwa.

azizan%201.1.jpg?w=584

Sebaik isu ini diperkatakan, pihak Pusat Siswazah terus membuat semakan dan tiada individu dengan nama Azizan Osman memiliki ijazah PhD dari UKM.

Selain daripada UKM, Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (IUKL) juga mengesahkan mereka tidak pernah menganugerahkan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dan PhD kepada Azizan.

azizan%203_1.jpg?w=584

Pihak IUKL mengesahkan tidak pernah menganugerahkan kedua-dua ijazah itu kepada Azizan Osman.

Sehingga kini Azizan Osman tidak tampil membuat sebarang komen lanjut mengenai kontroversi hangat yang melanda dirinya.

Sumber Berita : BH ONLINE

Sumber asal:Beautifulnara

Sumber: ohwhuuut

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

You Might Also Like

0 comments

Online